Friday, April 8, 2011

Kau Pergi..

errr,aku tak bole tidur malam ni... 



Al-Fatihah 

Allahyarham Sharif Abdul Rahman Bin Sharif Yasin..
10 april 1943- 23 disember 2009

buat ayah yang terbaik pernah aku miliki...



Aku tak dapat tidur mlam ni sebab tadi pukul 9 aku dah tido and bangun pukul12 sebab nak mandi. hurm.. Malam ni malam jumaat. Sepatutnya ada program Solat Hajat Perdana kat Pusat Islam tadi, tapi aku terlupa, bangun dari tidur baru tersedar.

Hurm.. Aku tak bole tidor sebab aku teringat arwah ayah aku.. Apa khabar dia di alam sana... Otak makin ligat berfikir.. Apa yang aku sumbangkan kepadanya sejak dia pergi...Ya Allah, permudahkanlah urusannya di alam sana..InsyaAllah.

My Father's name Sharif Abdul Rahman Bin Sharif Yasin, tapi dalam ic dia just tulis Abdul Rahman@ Abdurahman Sharif Yasin.. Setiap ahli keluarga kitorang bermula dengan nama Sharif.. Same goes to me Sharif Azmi tapi aku ringkaskan jadi Shazmiey.. Ayah aku pendiam orangnya, introvent.. Sama seperti aku.. Bila marah tak pandai nak tunjuk, simpan dalam hati, bila kecil hati diam-diam.. Cepat terusik... Aku rasa aku mewarisi perangai arwah ayah aku kot..dua hari lagi ni, hari jadinya..10 April...Banyak benda yang aku sia-siakan dan bila dia dah tiada baru menyesal,...

dulu, hari bapa setahun sekali. tapi sejak dia pergi,bagi aku hari bapa adalah setiap hari.
Hari ibu juga begitu.... Tapi semua tinggal angan-angan.. Tiada lagi ucapan mampu dizahirkan..



Erm, aku masih ingat lagi masa pertengahan tahun 2008, masa semester 2..Masa tu, aku exam..masa exam tu, mak aku selalu call aku tengah malam.. Masa tu tengah malam masi segar lagi, mood study la katakan.. And then, one week before exam aku abis, aku call ke rumah,. Masa tu pembantu rumah yang angkat. Aku tanya mak aku mana?? Mak kau kat hospital.. Kata aunty tu.. Aku terkejut jugak.. And then aku tnya kenapa?? Dia cakap mak aku jaga ayah aku.. Dia koma beberapa hari and sekarang kena tahan dekat wad.. Serangan angin ahmar a.k.a strok..Macam nak pitam jugak.. Macamana benda besar macam ni diorang satu family rahsiakan dari aku..

Aku call kakak aku yang sulung.. Dia tak angkat.. And then  aku text her.. Dia reply, ayah okey.. jangan risau, concentrate exam oke..Aku pun dah macam sedih sangat that time,.. Mungkin diorang tak nak ganggu mood aku masa tu...Exam..Last paper masa tu Plant Pathology.. abes je paper, malam dia aku balik kampung.. Masa tu ayah dah ada kat rumah.. Cuma masih terlantar atas katil lah.Still bole bercakap.. 

cinta,sayang untuk dia dan mak..insyaAllah selagi bernyawa...



And then, selang beberapa bulan, raya 2008.. Masa tu open house, hari jumaat.. Dia kena serangan lagi.. Kali  ni betul-betul depan mata aku..Argghhh.. macam nak marah je abang aku lambat drive. Masa nak hantar pergi hospital tu, dia dah mula kejang satu badan.. Aku pegang tangan dia, dia genggam habis-habis..Menangis tak henti.. Sedangkan sepatutnya masa tu aku kena balik ke UiTM.. Sampai kat hospital, terus masuk ICU..And then, after a moment, doktor keluar.. Doktor tu family aku jugak..Senang sikit berurusan..And then, masa tu ayah aku dah okey dah..Dah boleh cakap.. And dia suruh aku balik UiTM sebab tiket dah beli.. And then.. malam tu juga aku rushing ke UiTM...

And on April 2009.. Masa tu, aku baru exam.. Exam dia pagi, Aku balik petang.. Kakak aku dengan mak and ayah aku yang jemput dekat airport.. Masa sampai tu, ayah aku duduk dalam kereta je,tak keluar.. Dia diam je.. Aku pun heran..

And then, a week after that, aku kena proceed to Sandakan, ada latihan industri..Erm..Before aku pergi tu aku ada tanya kakak aku, and then dia bagitau, yang masa diorang jemput aku kat airport tempoh hari, sebelum tu diorang jumpa doktor pakar kat Hospital Tawau.. And doktor tu bagitau yang buah pinggang ayah aku dah tak berfungsi.. And then, doktor tu cakap dia cuma ada masa less than 6 months... Masa dengar tu hati aku dah berkecai..Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Hebat sangat dugaanMu kali ni Ya Allah, mati itu sepatutnya dirahsiakan..Yang pasti less than 6 months mati itu menjemputnya.. 

Aku dah tak tahan lagi.. Sampai sini je lah...



Buat ayahanda tercinta, Sharif Abdul Rahman Sharif Yassin, 

...anakandamu yang paling bungsu ni memohon maaf sebab banyak buat salah.. Ampunkan dosa-dosa anakmu ini.. Ingat lagi masa SPM, ayah sembunyi-sembunyi cium dahi masa tidur sebelum ayah pergi solat subuh ke surau masa first paper SPM.. .Akan ingat sampai bila-bila... Janji jaga mak..Jangan risau...



Masa raya 2007.. Last time nampak dia berisi..

26 comments:

Shamsuddin Amin said...

biase la shazmiey, kite ni manusia yg x muksim... penyesalan pasti dtg kemudian... pape pon, dielah ayah terbaek buat shazmiey, sekalung al-fatihah pasti dpt membuat dia tersenyum di sana... Al-Fatihah...^^

afique said...

pagi pagi dah aku jadi sedih dah ni. aku terbayangkan macam mana la keadaan aku nanti bila dah tiba masanya parents aku pergi tinggalkan aku. aku ni dah la jenis yang rapat dengan parents. hmmmm. ='(

cantekk said...

:'( huhukkkk....
sebaknye...
twos tingat mak abah kt kg..

pape pon, smg ayah awk tenang kt sana. Al-Fatihah.

man yusoef said...

sebak baca cerita ko ni...sbg anak, doa anak yg soleh sentiasa diharapkan. Smoga arwah ayah ko ditempatkan dlm golongan ahli Syurga. Amin

adwafarahin said...

:'( jgn bersedey okay
slalu berdoa kpd Allah semoga rohnya dicucuri rahmat
kamu kene kuat demi mak kamu taw

sedey bile bace nie..terigat abah n mak kat penang,moga mereka sihat hendaknya lah

jgn sedey2 lg taw,slalu berdoa n sedekahkan al fatihah kpd arwah ayah kamu

GiveAsh said...

al-fatihah kepada mereka yg telah pergi dahulu..
sama la kita..bapak aku pun sudah lama peri..apa2 pun hidup mesti di teruskan and im strong enough for this..

GiveAsh said...

*pergi

lieya_idlia2307 said...

sabar k..banyakkan berdoa moga2 arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman amin....sebak aku baca cieter ko nir..apa pun as a pren aku sentiasa ada tok bagi ko semangat k...

SiTi HaJaR said...

takziah atas pemergian...
wlaupun tiada disisi, dia masih dekat dihati.. kirimkan al-fatihah buatnya...
be strong keyh ... ^__^V

Cik Jari said...

sedihnya.....i can feel it...

be strong ya...semua tuh dh tak bleh reverse...as anak,jgn lupa untuk mendoakan...doa dari anak yg soleh... tu yg arwah perlukan...


~~aah,ko ensem cam arwah ayh ko...

al-fatihah

aziah said...

al-fatihah.. setiap manusia pasti akan bertemu dengan pencipta nya kan..

kite sebagai hamba nya kena sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang diberikan..

semoga roh ayah awak di cucuri rahmat.. amin..

adan said...

ya ALLAH.. mati itu pasti...
al-fatihah buat bapa ko bro.. tersentuh aku baca entri ni..

aku banyak wat bapak aku terasa hati.. rasa menyesal setelah baca entri ni..

sabar bro... semoga arwah berada di dalam kalangan orang yang beriman.. amin.. sedih.

Encik Psychopath said...

al-fatihah.

:(

NURUL NADIAH MAMAT said...
This comment has been removed by the author.
NURUL NADIAH MAMAT said...

be strong k....
pape pon setiap yg hidup pasti akan mati....bykkan sedekah untuk arwah dan doakan yg terbaik untuknya... :)

http://nurulnadiahmamat.blogspot.com/2010/12/saat-kehilangan.html

Ecah Ecot said...

al-fatihah..bg yg masih ade ayah, hargailah..yg tiada, sama2 la kita doakan kesejahteraan mereka di sana ye.....

be strong!

amny said...
This comment has been removed by the author.
amny said...

al-fathihah.....semoga arwah berada dikalangan yang dirahmati ALLah..amin..

~Nabilah~ said...

Al-Fatihah utk arwah ayh k....

arep_lockermonth said...

al-fatihah!

sy pon syang ayah sayaaa~

arepnakbebel: sape nak tempah tiket??

kau kesah ke?? said...

be strong my fren.

Henry Zackery said...

bro, sabar bro, al-fatihah..semoga roh beliau dicucuri rahmat, Amin

HAZWAN17 said...

setiap yang hidup pasti akan merasai mati....kita sebagai anak kena selalu berdoa untuk mereka..

apik pehe said...

al fatihah buat arwah..

mie said...

alfatihah!!
sama2 kita sentiasa mendoakannya..

Shazmiey Abdurahman said...

to all: thanks for all the wish and the pray..moga sama2 beroleh barakah.. insyaAllah kita doakan semoga saudara2 kita yang dulu menemui Allah sentiasa mendapat redhaNya... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails