Saturday, April 30, 2011

24:7 Malaysia Kpop?! ( Max 247 )

malam nih tengah study OB..tengah dok happy baca notes tu, terbukak pulak hati nih nak online... And then, aku capai broadband milik roomate aku... Dah connect macam biasalah. masuk facebook dulu, pastu tengok banyak member update pasal perkahwinan Kate Middleton and Prince William..

Tu ok lagi.. Sampai la aku terklik link kawan aku pasal entry BeautifulNara..pasal isu Malaysian group for K-Pop... Baru makan maggi tadi terus nak termuntah!! Korang cuba klik link tuh..Ya Allah..,teruk betull!!! Ini memalukan kaum adam di Malaysia!! First Malaysian KPOP??!! WTF! Cuba korang tengok pic yang aku cipplak dari belog BangNara..Yes, kalau korang minat sgt dengan KPOP, OK, fine,..proceed, tapi kalau malaysian tu buat la cara malaysia.. Bawak la identiti sendiri.. Jangan nak tiru identiti orang.. Be yourself la..Tapi bila korang buat macam nih, ya ampun, apa nak jadi dengan korang!! Korang nih posing , Korean Band pun nangis tau.. sebab gaya korang nih aku tengok bukan lagi lelaki!!! this is SO GAY!!!! FUC*ING HELL!!

errr,yg tengah tu, perut ngko buncit la, pegi gymlah bro..adoih..slalu pompuan yg tak cukup kain,
nih ngko pulak yg tak cukup kain

sah-sah memang bapok yang cekeding...posing kalah model Amber Chia..

ingat comel la tu..  macam group emo pun ada..hihihihi..



Kalau korang tadi putih melepak takpa jugak, nih dah la hitam legam! Aku pun yang kulit tak berapa nak gelap nih, malu tau kalau tak pakai baju pastu posing macam tu..Totally so GAY!!!Kalau korang smart tadi takpe gak,nih macam pondan tak jadi wehh!!

Haishh, kalau jantan tuh buat la gaya jantan, real KPOP pun tadak buat gaya lagu tu! Ampa tau dak! Ini pose pommpuan..Yang ampa dok angkat tangan lagu model Tyra Bank tu macam sial tau dak.. Tau la ketiak korang tadak bulu.. Haish.. Lagi satu, kalau badan tadi tough tadi takpa gak, nih dah la macam cicak kena seterika, ada hati nak tayang badan macam tu.. Kalau badan tadi sasa takpe gak, nih tulang memulang ada lah..

Aku bukannya sempurna sgt nak kritik korang, tapi agak-agaklah kan?!! Korang nih orang islam, cubalah korang buat gaya sopan sikit.. Yang hero tu kat tengah-tengah tu, dah la perut boncit, ada hati kasi tayang perut dia, seluar jatuh habis nak tunjuk pusat la tu.. Kalau sixpack tadi takpa gak, nih macam perut pacik umo 60 tahun pun adan..

Lagi satu, aku pun suka jugak dengar lagu korea nih,tapi aku takdelah fanatik sgt macam korang nih.. SUJU itu SUJU, KPOP itu KPOP, Malaysian itu Malaysian.. Jangan la nak jadi bodoh memperbodohkan diri sendiri.. Kalau ko nak sangat jadi orang korean pun, sedarlah diri wehh, burung gagak kalau ko kasi mandi 100000 kali pun tetap kaler hitam.. Be true Malaysian la.., berbangga la dengan muzik Indie yang kita ada, slow rock yang kita ada.. Be yourself lah.. Aku pun minat genre korean nih, tapi aku takdalah sampai nak jadi macam korang nih..meluat ok!
pose asal..

nih sapa yang tiru sapa nih..

Jadilah diri sendiri.. Klau nak jadi artis pun jangan la desperate sgt macam nih.. Curi identiti negara luar, claim that korang la first Malaysian KPOP.. KPOP tu Korean Pop.. Korang nih macam tak tau plak.. Jadilah Malaysian POP! atau ringkasan dia MOP.. .hah..amek kau..

wahh..cuba tengok yang paling tepi belah kanan..mata dia menakutkan!


Damn la korang nih..memalukan kaum lelaki.. Lagi satu, kalau korang nih cute memiut takpe gak, nih nak buat gaya comel tapi muka macam penagih.. adoihh.. jangan lah.. Sayangi la diri anda.. Memalukan diri sendiri ok.. Dahlah gaya macam bapok baru abes kena godek.. Haishh,,teruk betul lah!


group anti 24:7... join la kalau free..hihi.


Apapun, tadi masa aku merajinkan diri,aku ada jumpa group anti 24:7, kalau korang free mai lah join.. BUBARKAN GROUP YANG MEMALUKAN NIH..






p/s:: Lecturer said, even though you speak 100%ly like American, but you still orang Melayu.. same goes to this band, eventhough korang gaya macam korean, tapi sedarlah diri,, ko tu melayu... 

Tuesday, April 26, 2011

Habaq kat Ampa.


here i am again..(err, betul kan sentence aku kat tajuk tu kan??)

yeah, yesterday baru lepas amek paper QMT333.. Baru lepas satu subjek, ada 3 subjek lgi nak habiskan, on 3rd, 6th and 7h of May nih..huhh, risau jugak paper yang dua hari berturut-turut tuh.. Harapnya boleh lepas semua paper dengan cemerlang dan jayanya..cewwwwah.. tu diaaaaa..hihihi

cite CUN yang just nice. :)


Ouh ya, tadi bru abis tengok cerita Cun.. Best jugak cerita dia nih.. Pengarah dia Osman Ali.. Bukan macam filem-filem yang kita dok tengok slalu.. And cerita tuh buatkan aku teringin sangat nak pi Kedah.. Teringin nak tengok sawah padi terbentang.. fulammak.. bendang lai..aduihh.. Teringin nak pi kampung macam tu sebab seriously aku tak penah menjejakkan kaki ke sawah padi.. Ada pun sawah padi yang untuk pameran punya.. Ala, yang kat Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam tu.ihihi.. so, sapa-sapa member yang dok kedah tu, sound-sound la aku.. teringin nak pi Kedah nih.. Dengar loghat dia pun best.. Macam Anwar Hadi and Mathlutfi pun ada..hihih..

Seriously, aku admire dengan orang Kedah, sebab diorang ada sawah padi.. And aku teringin nak rasa mandi kat  sungai  yang tepi sawahh tu.. ehh, sungai kan?? Atau tali air?? Err, give me the name! Btw, generally aku lom pernah lagi menjejakkan kaki ke negeri-negeri kat Utara.i mean Kedah, Perlis and Penang.. Kat Perlis aku nak tengok rail kereta api yang tepi sawah tu.. Macam dalam cerita Tentang Bulan.. Orang cakap tempat tu kat Perlis..Pastu nak pi penang,orang cakap makan sana murah.. kata kawan-kawan aku yang pegi USM Penang hari tu lah..hey! ex aku pun dok study sana! Kedah pulak macam Perlis la, nak tengok sawah padi dia..nak tengok suasana kampung dia..hihi..So aku teringin nak pi tengok sebelum aku balik ke Sabah dalam beberapa bulan lagi nih..sebelum pi Kedah, aku pi curi kat gooogle jap pics2 superb..take a look!

arrgghh...cantiknya!!! siyes,aku admire tempat macam nih..

nih mesti suasana pagi...best!!

pic nih overedit.hihi..tapi sgt cantik kan?

yang nih kat Arau..siap ada tiang letrik lagi.. ;)

sawah nun dikejauhan..hihi


Ouh yam aku balik Sabah on 24th of August.. Lama gila!! hih,yeahh lama gila vavi sebab aku balik pun tadak org kat rumah, mak aku bulan 6 nih datang sini.. Pastu bulan puasa nanti dia cakap nak balik.. Aku menyusul kemudian lah.hih..okehh, paham?

Balik ke main topic, ohh ya, negeri utara,. Benda yang aku sgt envy bila dgr org utara  bercakap ialah lenggok dan loghat dia.. fullamak. cenggini barulah satu Malaysia!! Serious! Tak tipu, sebab bila dengar dorang ckap laju gila, and lenggok dia sgt best..Mesra... saya suka itu..hihi.. Berbeza dengan bahasa Sabah where bahasa sabah aku rasa agak kasar sedikit.. Ya lah, aku dengan mak aku, siap bahaskan diri sebagai 'aku' dengan orang tua.. Benda tu kira normal dekat Sabah.. so, org-org yg from Semenanjung pun akan pelik... Kalau kat sini, diorang bahaskan diri dengan nama diorang kan?? Eg; Mak, angah nak mandi... tapi kalau bahasa Sabah, mak,aku mau mandi.. haha..Paham??

Satu lagi, aku jealous tengok dengan Kedah sebab orang-orang dia best.. Contoh? Anwar Hadi! Mathlutfi( err, macam Kedah kan?), err Tun Mahathir! And so on la! hih.. Tapi orang-orang negeri lain pun best jugak lah.. Including Sabah,Sarawak,Melaka,Johor, Kelantan and etc lah! Tak larat nak sebut semua. 

Apapun,aku suka semua negeri di Malaysia.. sebab aku suka tengok budaya dia... Budaya dia seronot-seronot! hihi.. Err, pernah rasa budaya orang Sabah?? HAH! Kalau lom pernah lagi, mai lah datang tempat aku bulan 8 nanti!! Takpun bulan 5 nih pesta menuai kat Sabah.. Pergilah!! Siyes! Sangat seronot gila vavi.. Aku paling suka kalau open house kat KDCA Hall(Kadazan Dusun Cultural Association Hall)..Sebab kat sana ada satu rumah,  dekat beranda rumah tu, ada satu kawasan kita bole lompat-lompat macam trampolin tapi ramai-ramai.. Tapi trampolin tu getah kan?? Yang nih pakai kayu.hah amek kau! Kena datang baru tau!

tu diaaaa..pintu depan KDCA.. hihih..

tiba2 rindu Kota Kinabalu.. mesjid nih bersejarah nih..
Kasut aku bru beli seminggu kena curi kat sini.. Adidas wehh..sial punya pencuri.



Huhuh..Okehlah,sampai sini je lah.. Aku pun dah ngantuk nih,esok nak study OB lagik.. tau kan OB?? Organizational Behaviour la macik oi...Ingat budak Sains Gunaan tadak belajar OB ke hah! Anyway, thanks for reading okeh?? Salam..




p/s: Ouhh, dekat Perlis tadak panggung wayang kan?? Hurmm. so kalau nak tgk wayang kena gi Alor Setaq kan??hihi..

Sunday, April 24, 2011

EXAM vs BLOG = !$@$@


ya aku tahu..aku salah..korang nak maki pun maki lah..

hihi..dah beminggu aku tak hupdate kan?? kejamnya aku! haishh..kita bako je tuan empunya belog nih! bako hidup-hidup!hahaha..

i'm really sorry guys sebab dah lama tak hupdate belog nih..alkisahnya begini..aku skang ada exam..esok ada paper lagi..So, disebabkan otak aku nih lambat sket, so aku kena buat revision awal sket.. so, kena study awal.hihih.. so, thats why la aku tak dapat hupdate belog yg comel macam epal hijau nih.hihih..okehh??

 Err, esok paper Agricultural Reseach Methodology... dalam bahasa simplenya Statistic..hihi.oke?? otak aku bukan otak kira-kira,so amke sket nak paham benda nih.. Aku betul-betul depress this semester nih sebabkan nak maintain pointer.. Aku nak Royal Agricultural College!!! Arghhh!! Harus maintain!!!..( okeh,,yg RAC tu tipu,.)




yeahh..finall.. jangan tak final!

huhhh.kepala den poning..


hihi..okeh?? So, sorry guys, only update sket2,bak kata kawan aku, mana lebih penting blog ke ke exam? awek ke ayam? hah! paham dak?? So, klu tak pham,bakoooo je..



Apapun,aku doakan semua berjaya dalam final exam okeh?? Aku tau ramai blogger dok tengah touch up for final nih..so, sama-samalah kita study k!! Lepas exam bole blogging 24hour smpai patah leher, putus jari dan buta seblah mata blogging..hihi..

okehh...!!wish me luck!!



p/s: nak Dean list lagik..bolehh kan??

Tuesday, April 12, 2011

Malam Gemilang Planters, FPA UiTM!

hihi..yeahh.i'm back!.. ouh ya..hari tu dinner kan?? Hurm.. it goin well..not bad for the first time as kitorang adalah fakulti paling muda kat UiTM nih..hehe.tema dinner baru-baru ni seperti yang aku dah bagitau kat entry yang lepas, tema dia 60-an... hihih

Lepas aku pening-pening fikirkan nak pakai apa malam tu, last-last aku pakai baju hitam, with key merah kat leher..pakai supra and then siapp..hihih..Okehh, tapi tak penting sgt lah tu.hihi..Yang penting malam too was ok. err,, oleh kerana terlalu ramai,dinner kali nih dipecahkan kepada dua, iaitu dalam dewan ballro bagi VIP, Part 6 and 5, and then Dean List Receiver while yang part 1 sampai part 4 dorang buat pool dinner, dinner dorang kat tepi kolam renang and live casting from dalam dewan dipancarkan melalui projektor..faham?? Yang best kat luar tu, korang boleh karaoke kalau korang nak..hihi.so not bad la kan??

Err, macam yang aku bagitau dalam entry yang lepas, aku jadi fotografer je kan? Hah,tu la yang berlaku.. And then, sebab dinner tu terbahagi dua, so aku tak dapat amek picture kat luar dewan tu, just dalam dewan..sorry guys!

Aku malas nak cerita panjang-panjang.. Just enjoy the pictures ok!


















the only pics where there is me..



Yang sedihnya malam tu jugak adalah malam farewell dinner for our QMT Lecturer.. Prof. Madya Low Seng Mook... Dia start mengajar kat UiTM since 1 August 1973.. Sebelum kita lahir lagi ok! Hihih..Masa ucapan tu, yang sedihnya dia cakap, i lost my wife but instead losing one person, god give me a lot of childrens which is all of you.. Bayangkan, dari 1973-2011, Lebih 37 tahun..huhh, anak didik dia, termasuklah dekan kitorang, Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman, several of our lecturers, auditors of Sime Darby, not including yang lain-lain lagi lah..Tengok tu, bertapa besarnya sumbangan dia!

hehe..dah panjang sangat entry nih..

Anyway... sampai sini je lah..hehehe..okeh?!!

Sunday, April 10, 2011

Dinner Tema- 60-an?!

wahh dah lama tak update kan? Dah tiga hari. okehh. I'm really sorry for the last entry because its kinda personal.. Anyway, thanks for all the pray and the wishes given to me.. InsyaAllah sama-sama beroleh barakah :)

Sebenarnya tak tau nak update pasal apa ni, malam ni ada dinner.. Dinner sekali dengan Majlis anugerah dekan.hihi..Pelik jugak kat Shah Alam, selalunya dinner course dengan dinner Dean List lain-lain, tapi kali ni dia gabung.. Anyway.. Sekarang tengah pening..


Pening sebab tema dia 60-an.. err, tema 60-an?? Nak pakai baju apa?? Sebab aku tak dapat nak bayang tema 60-an tu, kawan aku cakap tema 60-an tu yg macam pakai bell bottom, pastu rambut afro.. And macam tu la.. Tapi tu bukan 70-an ke?? Retro style.. Tema 60-an ni susa nak bayangkan la..

To the organizer, lain kali buat tema yang senang sikit boleh tak.? Kesian kitorang ni, tak tau nak pakai baju apa.. Dah la dinner sekali satu semester , ni tema pun memeningkan.. And then to solve the problem, aku pun google la tema 60-an nih.. And then, you know what i found?


baju petak-petak and skarf kat leher..err,skarf kan??

err, baju petak2, speaky, and songkok tinggi.


ehh,sama ngan gambar kat atas, saje je..suka tengok kapel ni..ehh,bukan,suka tgk pic ni..kaler dia very vivant!

And baru tau tema 60-an tu kena baju petak-petak...tu yang common..tapi, aku takde baju petak-petak.. so macamana?? Atau aku yang outdated nih takde baju petak-petak..semuu orang ada kot!!


Erggh,apapun ,aku nak tidur dulu, letak masker, pastu letak timun, pastu pegi salon, test baju, call limo and pergi dinner..okeyh.itu tipu..hihih..okehh,nak rehat, tadi penat beerlakon.huh!


p/s: malam ni ai jadi jurukamera, nanti ai naik pentas amek hadiah sapa yang gambar ai??! Argghh, tak best! 

Friday, April 8, 2011

Kau Pergi..

errr,aku tak bole tidur malam ni... 



Al-Fatihah 

Allahyarham Sharif Abdul Rahman Bin Sharif Yasin..
10 april 1943- 23 disember 2009

buat ayah yang terbaik pernah aku miliki...



Aku tak dapat tidur mlam ni sebab tadi pukul 9 aku dah tido and bangun pukul12 sebab nak mandi. hurm.. Malam ni malam jumaat. Sepatutnya ada program Solat Hajat Perdana kat Pusat Islam tadi, tapi aku terlupa, bangun dari tidur baru tersedar.

Hurm.. Aku tak bole tidor sebab aku teringat arwah ayah aku.. Apa khabar dia di alam sana... Otak makin ligat berfikir.. Apa yang aku sumbangkan kepadanya sejak dia pergi...Ya Allah, permudahkanlah urusannya di alam sana..InsyaAllah.

My Father's name Sharif Abdul Rahman Bin Sharif Yasin, tapi dalam ic dia just tulis Abdul Rahman@ Abdurahman Sharif Yasin.. Setiap ahli keluarga kitorang bermula dengan nama Sharif.. Same goes to me Sharif Azmi tapi aku ringkaskan jadi Shazmiey.. Ayah aku pendiam orangnya, introvent.. Sama seperti aku.. Bila marah tak pandai nak tunjuk, simpan dalam hati, bila kecil hati diam-diam.. Cepat terusik... Aku rasa aku mewarisi perangai arwah ayah aku kot..dua hari lagi ni, hari jadinya..10 April...Banyak benda yang aku sia-siakan dan bila dia dah tiada baru menyesal,...

dulu, hari bapa setahun sekali. tapi sejak dia pergi,bagi aku hari bapa adalah setiap hari.
Hari ibu juga begitu.... Tapi semua tinggal angan-angan.. Tiada lagi ucapan mampu dizahirkan..



Erm, aku masih ingat lagi masa pertengahan tahun 2008, masa semester 2..Masa tu, aku exam..masa exam tu, mak aku selalu call aku tengah malam.. Masa tu tengah malam masi segar lagi, mood study la katakan.. And then, one week before exam aku abis, aku call ke rumah,. Masa tu pembantu rumah yang angkat. Aku tanya mak aku mana?? Mak kau kat hospital.. Kata aunty tu.. Aku terkejut jugak.. And then aku tnya kenapa?? Dia cakap mak aku jaga ayah aku.. Dia koma beberapa hari and sekarang kena tahan dekat wad.. Serangan angin ahmar a.k.a strok..Macam nak pitam jugak.. Macamana benda besar macam ni diorang satu family rahsiakan dari aku..

Aku call kakak aku yang sulung.. Dia tak angkat.. And then  aku text her.. Dia reply, ayah okey.. jangan risau, concentrate exam oke..Aku pun dah macam sedih sangat that time,.. Mungkin diorang tak nak ganggu mood aku masa tu...Exam..Last paper masa tu Plant Pathology.. abes je paper, malam dia aku balik kampung.. Masa tu ayah dah ada kat rumah.. Cuma masih terlantar atas katil lah.Still bole bercakap.. 

cinta,sayang untuk dia dan mak..insyaAllah selagi bernyawa...



And then, selang beberapa bulan, raya 2008.. Masa tu open house, hari jumaat.. Dia kena serangan lagi.. Kali  ni betul-betul depan mata aku..Argghhh.. macam nak marah je abang aku lambat drive. Masa nak hantar pergi hospital tu, dia dah mula kejang satu badan.. Aku pegang tangan dia, dia genggam habis-habis..Menangis tak henti.. Sedangkan sepatutnya masa tu aku kena balik ke UiTM.. Sampai kat hospital, terus masuk ICU..And then, after a moment, doktor keluar.. Doktor tu family aku jugak..Senang sikit berurusan..And then, masa tu ayah aku dah okey dah..Dah boleh cakap.. And dia suruh aku balik UiTM sebab tiket dah beli.. And then.. malam tu juga aku rushing ke UiTM...

And on April 2009.. Masa tu, aku baru exam.. Exam dia pagi, Aku balik petang.. Kakak aku dengan mak and ayah aku yang jemput dekat airport.. Masa sampai tu, ayah aku duduk dalam kereta je,tak keluar.. Dia diam je.. Aku pun heran..

And then, a week after that, aku kena proceed to Sandakan, ada latihan industri..Erm..Before aku pergi tu aku ada tanya kakak aku, and then dia bagitau, yang masa diorang jemput aku kat airport tempoh hari, sebelum tu diorang jumpa doktor pakar kat Hospital Tawau.. And doktor tu bagitau yang buah pinggang ayah aku dah tak berfungsi.. And then, doktor tu cakap dia cuma ada masa less than 6 months... Masa dengar tu hati aku dah berkecai..Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Hebat sangat dugaanMu kali ni Ya Allah, mati itu sepatutnya dirahsiakan..Yang pasti less than 6 months mati itu menjemputnya.. 

Aku dah tak tahan lagi.. Sampai sini je lah...



Buat ayahanda tercinta, Sharif Abdul Rahman Sharif Yassin, 

...anakandamu yang paling bungsu ni memohon maaf sebab banyak buat salah.. Ampunkan dosa-dosa anakmu ini.. Ingat lagi masa SPM, ayah sembunyi-sembunyi cium dahi masa tidur sebelum ayah pergi solat subuh ke surau masa first paper SPM.. .Akan ingat sampai bila-bila... Janji jaga mak..Jangan risau...



Masa raya 2007.. Last time nampak dia berisi..

Thursday, April 7, 2011

Pengkritik Bebas!

Erm, okehh.. Everyone has their own preferences..

Kalau dulu-dulu masa AF start ni, kawan-kawan aku memasing ada calon diorang sendiri.. Ada yang minat Felix, ada yang minat Mawi... And mulalah tu bergaduh dengan kawan bila si kawan mengejek artis kegemarannya..Huhh.. Hahh, itu cerita artis.. Kalau mak-mak kita pulak, sebok pilih kain.. Kain 1 Malaysia la, kain Mahir Zain la(ehh,wujud ke?) kain ini la kain itu lah.. Huhh,, bila orang tu pakai kain tu, ada di antara mak-mak ni akan cakap, hodohnya kain c Bedah tu..  takde kelash langsung..
errr, ramai lagi ke orang tengok AF?? Ngaku cepat!


errr, ni kain maher zain.. ari tu kain mawi,kain 1 malaysia.. ada-ada je nama kan??


Lain pulak ceritanya kalau lelaki.. Aku minat Chelsea! Aku minat Liverpool! Aku minat MUFC! huhhh.. memasing ada pasukan febret dia sendiri.. Kalau Chelsea kalah,, adalah member aku yang post dekat Facebook, Chelshit.!Wadepak.! Kalau Liverpool menang, u'll never walk alone la.. Bila Torres pindah Chelsea, Chelshit jugak.. Huhh,, memasing ada team dia.. Kalau Chelsea kalah, hah!! amek kau!! MUFC fan kutuk berabes!! Kritik cara permainan Chelsea macam taik... pergghhhhh!! Amek kaw kaw!! (oh ya, chelsea dengan Liverpool datang July nanti,hihi)

hah!! pilih mana yang ko nak!!!!


Kalau pompuan pulak, masing-masing ada preferences diorang sendiri.. Klau c Temmah kapel dengan budak kos pertanian( macam kos aku nih hah!) Mulalah c Minah cakap, ape lah c Temmah nih,, budak tu dia nak jadikan kapel, takde kelas langsung! Seswai jadiw tukang kebun ai jewww..Eww.. Tengok boipren ai., budak MASSCOMM, bergaya macam Adam Lambert okeyhh! Bukan macam bopiren c Temmah tuh, takdew kelash! eewwwwww..
kalau ko kawen dengan budak pertanian macam ni la nanti muka laki ko Temmah!


Kalau dengar lagu pulak, huhh,, Si Jabit dengar lagu K-POP?, ewwww, apelah c Jabit nih, ada ke patut dengar lagu K-POP! Lagu pondan! Awok layan lagu soley-soley jewww, bilang c Usop Wilcha.. Lain pulak ceritanya c Abi Hurairah dengan c Husin.. Abi Hurairah lagu hindi dowh! Mulalah c Husin ni cakap, ape kelas!! Aku layan lagu Wings  Search okehh! ROCCCCKKKKKK.!!! Ya tuan tuan dan puan puan, suka sangat c Husin ni mengkritik... dia tataw ka Search tu pakai lambang Illuminati.
soley soleyyyyyyy...hihihih

"Awok layan lagu KPOP la tok ketua" kata Pak Jabit..

Hahaha,begitu la gamaknya.. Dari yang memanjang aku cerita kat atas tu, sebenarnya aku nak cakap yang setiap orang ada preferences diorang memasing.. Macam aku, aku suka lagu selow,selow, lagu RnB layan, semua layang except hardcore music.. As for example,one day, dekat bilik, kau dengar lagu c Siti Nurhaliza( lagu nirmala dengan lagu noraniza idris pulak tu) and then roomate engakau pun kondem kau, ape nih bro, apa kelas layan lagu siti, orang layan la lagu Rossa..  Err,, hello?? Sukati aku la dengar lagu Siti, bukan telinga kau pun! Nak kritik-kritik orang, diri sendiri layan lagu Rossa.. Mengkritik pun biar berilmu ok?!

hah! amek kaw! Mana ko nak?? Siti? Rossa??

Errr,, yeahh ,setiap orang ada lagu febret diorang, genre filem kegemaran diorang... And walaupun diorang punya preferences itu sangat-sangatlah bertentangan dengan taste kitorang, tapi siapalah kita nak kondem diorang kan??! Kita ni sama-sama manusia.. Kata lecturrer aku MANUSIA berasal dari perkataan Sanskrit, MANUSYA.. yang bererti makhluk yang berakal.. Kalau yu tade akal, yu bukan manusia.. Gunakanlah akal anda, fikr secara waras, yeahh,, aku tau korang benci layan cerita dua alam si Dr Rozmey tu, tapi kalau di Usop Wilcha memang minat genre filem yang membosankan tu macamana?? Biarlah dia dengan dunia dia.. Jangan lah kita kondem perasaan dia.. Sampai dia mendera dirinya dengan tangisan dan air mata.hahaha!

cerita paling meletops 2010 sampai dapat 400 ribu juta..! Pergghh.!


Faham dak?? So, moral of this entry, walau macamana pun kita benci sesuatu benda tu ataupun memang tak terfikir dek akal kita yang pendek ni untuk minat benda tu, tapi jangan la kita kondemkan orang yang minat benda tu, kalau nka jadi pengkritik pun, jadilah pengkritik yang berhemah, jaga tatasusila, kita kan MANUSYA yang mempunyai akal,hihihi..okehh?? 

Till then,babai!



p/s: Errr, dulu aku slalu kondem lelaki yang dengar lagu KPOP nih, macam lagu pompuan je,,tapi bila dengar lagu dia, bole tahan jugak,..so, jgn suka kondem orang! Nanti kena diri sendiri baru tau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails