Tuesday, March 29, 2011

Sibuk Sebentar





im sorry guys, dua hari ni tak dapat nak update.. dah ada member yang tegur suru update, but for moment aku ada hal dalam 3 hari ni..insyaAllah aku akan cuba update secepat yang mungkin okehh.. Erm, tomorrow  will having closing for Invention, Innovation and Design FPA,UiTM. And on Thursday ada test Agricultural Research Methodology punya test.. So, doakan aku berjaya dalam dua-dua akiviti ni erh?! 

By the way jadual exam aku dah kluar! Yang sedihnya, aku ada dua paper dalam 2 hari berturut-turut.. hurmm..Nanti aku cerita kat korang ok??? 

Thanks for those yang keep on visiting..Sayang korang lebih ahh macam ni!



p/s: Just leave your footprint anywhere at ShoutMix at the bottom or the left side, but better at the comment senang sket nak detect,okeh, thank!

Monday, March 28, 2011

Bazartani Shah Alam

hii there.. sungguh penat hari nih.. Esok kena register for Invention, Innovation and Design Competition and tadi dari pukul10 gerak dari blik pergi pasar tani dekat Stadium Shah Alam semata-mata nak carik pokok Stevia.. Sambil to sempat jugak snap-snap.hihi...pastu sampai uma, terus edit.. erm kali ni aku edit guna teknik fake tilt shift.. sepatutnya teknik ni sesuai untuk buat picture tu looks alike miniature, tapi aku modified teknik tuh jadi pic kat bawah nih..Kalau nak tahu apa itu fake tilt shift, tanya sama iincik google okehh?! btw, enjoy those pics yeah..sudi-sudikan comment tentang pic aku ni..budak baru belajar la katakan :)



masa mula-mula sampai :) 



 snap gambar stadium japs.


Stadium di kejauhan


hehehe..edit guna fake tilt shift. :)

sama jugak..nih masa tengah hari kot..


again.. :)


dalam banyak-banyak ni yang saya suka.

erm...tak nampak sangat fake tilt shift dia..


last but not least, the photographer and the writer :)




hehehe..still tengah belajar..erm.. banyak lagi kena improve nih :)

Sunday, March 27, 2011

My Sticky Friend Contest

My Sticky Friend Contest :)

hiii..ari nih aku blogwalking sampai kat blog c kudinz, aku nampak dia ada join satu contest nih.. contest by cik S.A.N.G.K.A.R.. hihi. okehh.. walaupun c kudinz tak tag aku untuk contest tu, aku tetap jugak nak join,ada confident ni nak menang...

Hehe..okehh, aku nak mempertaruhkan picture aku dengan 9 orang kawan aku.. Masa diploma dulu, dalam satu kelas tu cuma ada 10 orang lelaki.. oleh kerana kitorang sikit, so kita memang sticky lah!! memang sesuai dengan tema entry nih..My Sticky Friend Contest

Okehh,aku nak mempertaruhkan semua gambar dibawah nih..sebab organizer tadak lak tulis berapa limit gambar kan?? hehehe..

ini bintang kami bersepuluh!

ini kami yang nakal.. 10 bersaudara, nama suma kat situ :)

heheh..ni lah kitorang bersepuluh..hehe..pilih yang mana hangpa nak..hehe

nih pun bersepuluh jugak, tapi aku yang dok interframe paling depan..sial sungguh perangai ini!

nih masa semester tiga, masa nih just 7 orang, sorang amek gambar, 2 lagi pegi toilet.
10 budak hitam yang botak lagi comel!

MACAMANA BOLE KENAL?!:
okehh..macamana aku kenal dorang?? Sebab kitorang satu kelas lelaki masa diploma cuma 10 orang je, so memang rapat habis.. Dari semester satu sampai tiga, kitorang akan botak sama-sama, satu botak semua botak, dalam pic kat atas tu, satu pic je lah yg aku letak dimana kitorang suma botak, rmbut sama-sama panjang, makan maggi ramai-ramai, kena ragging oleh senior pun sama-sama.. Ada satu masa time diploma tu, kitorang 10 orang kena belasah oleh senior...Kononnya kitorang nih sombong..macam shit je kan?? Pastu kita memang gila!! Makan pun buas!!!Tapi tak kisahlah tu yang penting memang rapat gila ahh, itulah baru namanya KAWAN SEJATI SAMPAI KE MATI... 
(105 patah perkataan,tak lebih limit kan?hehe)


okehh..kena tagged kawan lain kan??


ermm..tu je kan??!! ehh,goodluck kepada diriku sendiri..Kalau menang, thanks 9 orang kawanku!! Dedicated Planters In The Making!


p/s:: kalau menang sebuah kereta ok gak ni!

Friday, March 25, 2011

Tiada Kekasih Itu Loser?!

erm..kelmarin aku ada keluarkan entry pasal berkawan dengan bekas kekasih kan?? hurm.. Pastu ada seseorang tanya aku, chuck nih, terer gak bukak cerita pasal relationship nih, tapi apsal chuck still single mingle nih.. ala loser la macam nih..

single mingle itu bole tenangkan fikiran.hehe.tak payah fikir banyak
Nikmati keindahan alam sorang2 nih, best jugak kan?? Baru tersedar keindahan ciptaan tuhan.



Erm, adakah tidak mempunya pasangan itu boleh dikategorikan sebagai loser..oh damn, kalau ya, aku termasuk dalam golongan loser ahh camni. oh!tidak.. Hahaha.. erm.. okehh lah.. Kenapa aku takda girlfriend nih? ahh, lonelynya hidup nih tanpa kehadiran wanita untuk di sms kala malam hari, teman menonton wayang and etc.. ehh.. lonely la tanpa wanita..! tapi apsal aku still single.. tak boring ke tanpa awek(s) nih? hurm.

 Sapa rasa dia loser, cariklah novel nih.heheh..

 
Aku terdiam, termangu dengar pertanyaan tu, nasib baik not face to face, kalau tak memang aku dah cubit pipi ko!Tanya soalan yang profesional la sket.haha Ouh ya..kembali pasal cerita loser.. ya aku seorang loser dalam percintaan.! Aku dah pernah gagal dalam perhubungan yang kita panggil CINTA.. haishh malunya.. And jawapan aku, pasal relationship ni, keikhlasan tu sangat penting.. Kemahuan hati itu penting, Kesediaan hati itu juga penting.. And for moment, bab kesediaan hati tu yang penting..Aku belum bersedia lagi..Masih terluka oleh kisah lama kot.haha.!

As for me, bercinta banyak kali pun kalau asyik gagal je, lebih baik single dulu, bila dah bersedia dan dah bertemu dengan orang yang sesuai,InsyaAllah..takkan kemana.,ye dak?gagal dalam percintaan itu bagi aku bukannya loser, tapi bagi aku loser dalam percintaan tu apabila lelaki/perempuan tu memainkan perasaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, untuk kepuasan diri sendiri, just untuk permainan, atas dasar kemegahan and sewaktu dengannya.. Itu baru loser! Loser terhadap diri sendiri.hurm.. Kalau berkapel banyak kali pun tapi sentiasa gagal, takda maknanya..

 as for me, better to lose love compared than in lover with loser.. i mean loser yang seperti 
aku cakap tadi..heh.
 
Tapi once aku betul-betul jatuh cinta, jangan risau la, aku takkan lari kemana, aku takkan henti nyanyi untuk kau subuh-subuh supaya kau dapat bangun awal, aku takkan berhenti panggil ko sayang, aku sanggup habiskan masa aku untuk pujuk engkau walaupun esok hari aku ada exam, aku akan jadi cair bila dengar suara kau yang merajuk minta untuk dipujuk tu, anything i do only for you..Bak kata orang, setiap saat, setiap detik,, hanya kamu dalam ingatan.. :)

Erm, bila jatuh cinta dengan sepenuh hati nih, seriosly, aku akan jadi hamba, engaku jadi permaisuri..Semua aku buat untuk kau.. Tapi entah bila baru dapat jumpa perempuan yang buat aku betul-betul desperate untuk dapatkan..Fatin Liyana kot.haha.. Aku taklah hensem, aku pun tau aku takleh choosy sangat pasal bab perempuan nih,tapi tu lah.. Cinta datang biar dari hati... Cinta tu tak perlu cari, bila sampai waktunya,insyaAllah dalam peperangan pun kau boleh bertemu jodoh.

 Kalau ada jodoh takkan kemana, so, datang kemari datang kepadaku...
 
Erm, bagi aku cinta itu harus dibawa sampai ke mati..  i like people many times, but to fall in love is something yang sangat-sangat rare terjadi..  yeahh, aku akui, aku nih easily attracted dengan orang, tapi bukan jatuh cinta... attracted hanya untuk berkenalan, tiada mood pun nak teruskan sampai ke tahap untuk didambakan setiap malam, untuk di wish 'i love u' saat kau perlukannnya.. Bila dah macam takda mood tu, teruslah menghilang.! OH Damnnya lelaki macam ni kan?haha

Erm.. I'm really sorry for any girls yang aku pernah try to approach, kalau aku pernah sakitkan hati korang.. Aku nih sangat la tak hensem, sangatlah lemah dalam bab-bab memujuk nih, aku lebih pentingkan kawan compared dengan perempuan...Aku tau lah, pompuan ni perlukan belaian, asyik nak kena pujuk-pujuk manja,.. and i still fail on that.. aku sangat-sangatlah lemah dalam bab-bab nih...So, jangan buang masa dengan aku :)

Oh tidak.apa nak jadi aku ni.. tiba-tiba cerita pasal cinta nih.. Kalau berjaya dalam percintaan takpe gak, nih dah la single,ada hati nak cerita pasal bab-bab relationship ni.haha, tapi i wonder why, banyak jugak member dan kawan2 perempuan yang seek an advise from me about relationship matter nih..oh damn, Ini sudah lebih! Nak kasi aku jeles la tu yang korang ada problem dalam percintaan, Kalau takda problem dalam percintaan, tak brutal la..haha!!okehh, itu gurau!


Ohh, itu sajalah, sorry entry kali nih macam sial je untuk dibaca.haha.okehh.talk later! :)


p/s:: Im single yet not avaliable(fcuk! perasan hawt!) :)


Thursday, March 24, 2011

Berkawan Dengan Bekas Kekasih?!

warghh..entry kelmarin itu sila buang mentah-mentah okeee..hehe



Walawey..here i come back..hello guys,girls,gays, lesbians, pengkids and so on la ye...Wahh, selalu yang kita dengar dapur dah lama tak berasap, kali ini, korang akan dengar blog suda lama tidak berasap.haha.. ya..saya tahu,, saya ini tuan blog yang sangat teruk..Sampai hati ko membiarkan belog ini seperti tiada penghuninya!Kejam sungguh lelaki ini...Tapi kejam dengan belog je lah..kejam dengan manusia insyaAllah tak..hehe'

Okehh, lets turn our topic into more serious topic today.. Erm, today post is about relationship.. boleh ke tak aku berbicara mengena hati dan perasaan nih?! Huh..takpa,, biar saya cuba, kalau anda rasa saya tak seswai,sila kick saya kuat-kuat.. Tapi lepas tu aku balas balik,okehh?

Okehh, topik yang aku nak bincangkan hari ini ialah Ex Boy/Girlfriend(s) Okehh, rasanya semua orang pernah jatuh cinta kan?? Kalau tak pernah, ermmmmm, kita andaikan pernah je la okehh? And not all relationship yang kita bina itu yang kononnya berdasarkan perasaan CINTA itu success to the end.. Maybe belum sampai sekerat jalan dah break kan?? 


aku amek hati aku,ko amek hati ko,boleh dak??

Persoalannya disini, can we become friend with our ex-boy/girlfriend(s)? Or dalam bahasa omputehnya, should we become friend wih our ex??Hurm..for sure everyone has their own opinion kan.? Masing-masing punya ideologi yang berlainan. But for me the answer is depends..ish, teruk betul jawapan nih.. takda ke jawapan yang lebih simple?

Okehh, like i told before, it depends on situation. For me, kalau korang break dengan pasangan korang dengan cara yang baik, rasanya boleh berkawan kot.. Ye lahh, takkan la sebab kita break, kita still tak bole berkawan dengan ex kita kan?? Usually, kalau berpisah dengan cara baik nih adalah dengan mutual understanding, u paham i, i paham u.. kita tak sesuai..kita lebih sesuai jadi kawan.. I think kalau we mutually want to break, we can become friend! Hihii,takkan la sebab dah berpisah terus tak bertegur sapa kan?? hishh, dosa tu..

hey awak, walaupun kita dah break,kita masih boleh kawan kan?? Saya sayangkan awak sebagai kawan 
boleh?

Tapi not all time we can become friend with our ex.. Contohnya, kalau lelaki tu dayus, and then korang break, takkan korang sanggup nak berkawan dengan lelaki tu kan?? Kalau nak make up perhubungan pun biarlah berpada-pada,.hehe.. So, as for me, kalau aku break dengan pompuan disebabkan aku sangat meluat dengan perempuan tu, huh! pandang pun dah tak ingin! Dem.! Emo sebentar.. 

Ada pulak, orang tu nak berkawan dengan ex dia, so berkawan la mereka, tapi bila ex dia dah berkapel dengan orang lain, mulalah pulak rsa cemburu kan?? heh.. So, banyak yang perlu difikirkan sebenarnya.. And kadang-kadang bila dah break, and then berkawan, bole jadi kapel balik. hurm..betul dak?

okehh,kita kawan yehh,kot2 bole kapel balik.fuck!
haruskah terdesak begitu!haha..

Hahah...but as for me, sama ada boleh berkawan ataupun tidak, terpulang kepada kita sendiri, kalau kita rasa kita bole berkawan dengan orang tu, apa salahnya..Kadang-kadang kita akan jadi lebih close sebagai kawan compared menjadi couple. Tapi kalau korang rasa memang tak bole berkawan, jangan lah nak berkawan.. Nanti diri sendiri makan hati..ye dak??!!


dulu aku cinta kau,skang,aku menci kau,.

Aku pun sebelum nih pernah mengalami kedua-dua situasi nih, bila lepas break, aku still bole berkawan dengan perempuan tu.. Eventhough dia dah ada bboyfriend, ada aku kesah!! yang penting kita masih kawan..hehe.kan Ayu?? And ada jugak yang aku memang tak boleh terima..Dulu sayang bersayang-sayang, sekarang nak panggil sayang jauh sekali,..And hati aku memang tak boleh lagi terima perempuan tu, biar pun sebagai kawan.. 

Wahh, entry nih melampau-lampau..Sila ignore kalau tidak sependapat.haha..Okehh..Walopun aku bukan Dr Cinta, tapi itulah pendapat aku.hihi..how about you? 




p/s:: Bila cintaaa kini, tak lagi bermakna,yang kurasaaaa sendu, hanyalah nestapa..(Tengah layan lagu tema : LBS)

Wednesday, March 23, 2011

Lupakan Saja Entry Ini.

lama sungguh tidak mengupdate.

heheh.sabar ea wahai blog!

Tuesday, March 15, 2011

Earthquake :: Jepun dan Malaysia



hurm..terbaca satu entry nih., erm. bila baca betul jugak apa mamat ni cakap dalam nih.. Bila ada bencana macam nih,ada jugak mulut yang gatal sangat cakap buat apa nak tolong jepun, diorang kan pernah jajah kita.. pancung kepala orang-orang Tanah Melayu dulu.. ada yang cakap nih bala Tuhan .. Pastu ada pulak yang gurau-gurau, apesal otromen tak dtg masa diperlukan..  hurm,.. Bila tengok bencana macam nih, sepatutnya kita muhasabah diri..  Fikir-fikirkan. Bayangkan kalau benda nih jadi dengan kita, pastu orang pulak buat lawak pasal benda nih..haishh.. jangan lahh.. 

Ermm.. pastu setuju jugak dengan entry tu lagi, kalau dekat jepun, bangunan dia kebanyakannya anti gempa.. Kita nih di Malaysia,, gempa bumi pun takda, tapi bangunan banyak nak runtuh,stadium pun runtuh, bangunan rosak..haishh..


前田海香子
前田海香子

一回の青信号で1台しか前に進めないなんてザラだったけど、誰もが譲り合い穏やかに運転している姿に感動した。複雑な交差点で交通が5分以上完全マヒするシーンもあったけど、10時間の間お礼以外のクラクションの音を耳にしなかった。恐怖と同時に心温まる時間で、日本がますます好きになった。
一回の青信号で1台しか前に進めないなんてザラだったけど、誰もが譲り合い穏やかに運転している姿に感動した。複雑な交差点で交通が5分以上完全マヒするシーンもあったけど、10時間の間お礼以外のクラクションの音を耳にしなかった。恐怖と同時に心温まる時間で、日本がますます好きになった。
At a congested downtown intersection …

Cars were moving at the rate of maybe one every green light, but everyone was letting each other go first with a warm look and a smile. At a complicated intersection, the traffic was at a complete standstill for 5 minutes, but I listened for 10 minutes and didn’t hear a single beep or honk except for an occasional one thanking someone for giving way. It was a terrifying day, but scenes like this warmed me and made me love my country even more


Lagi satu..aku sgt tertarik dengan tweet salah sorang minah jepun kat atas nih.. dalam keadaan darurat macam tu pun still lagi steady, nak lalu traffic light steady je.. Kalau dekat Malaysia nih..adoihh.. jammed nak mampus!! terutamanya KL.. Adoihh..paling sakit hati kalau jalan kat KL nih.. Pernah stuck dekat Lebuh Ampang dari pukul 7 sampai pukul 9..still jugak kat Lebuh Ampang..macam bangang je aku rasa... Traffic light kaler merah pun steady je kereta tu gerak... Last-last block jalan..Lepas tu mula lah hon2, memaki sini sana..haishhh.. tak steady dan cool la orang-orang kita nih..kan best kalau rilek je drive tu,,.. Steady la bro..okehh??


people are lining up.. tak perlu nak berebut.. semua dapat okehh?? hihii.. seronok tengok
diorang baris..heheh..


Hurm, bila tengok pic kat atas nih, teratur je orang jepun nih kan?? Kalau kat Malaysia, mesti berebut kan?? hehh..Ramai yang akan jadi selfishh..konferm!heh..tapi bukan semua lahh... Tengok je kejadian  masa orang eksiden ari tuh yang nasik bertaburan kat jalan raya.. ada ke patut, orang eksiden diorang berpesta curik beras tuh.. bukan nak amek tau pasal driver tu ok ke tak.. ye dak??


begini la gaya orang kita.. taim eksiden pun sempat lagi nak curik beras..hurmm..apa nak jadi...


Malas nak cerita panjang-panjang.. apa yang baik tuh kita amek,yang jahat tu kita buang jauh-jauh..ye dak.. Masa orang susah jangan la kita mempersendakan mereka,, cuba kalau kita ditempat mereka.. Mesti sedih kan?? okehh la..sampai sini je..Btw, entry nih aku merged from this link..idea suma dari beliau..aku just renovate sikit je.okehh? aku nak chow..bye!



p/s:: Syukur lahir di Malaysia.. kedudukan geografi yang sesuai. tidak terletak di lingkaran api pasifik..haha..macam belajar geografi pulak..



Saturday, March 12, 2011

I Love U JPA.!!

nih entri dah lama nak tulis tapi hari ni baru berkesempatan..

last week i went perjumpaan pelajar tajaan JPA di UiTM Malaysia.. it was held dekat Dewan baru UiTM nih.hehe.. baru dua kali masuk dewan nih.. Dewan nih memang sueprb la..  Mula-mula aku masuk dewan UiTM yang serba baru nih, agak meremang jugak bulu roma aku..hihih.. Sebab bila tengok keadaan dewan tu,fullamakkkkk... macam dewan filharmonik kat menara petronas tu hah! heheh.. serba sedikit menaikkan lagi semangat aku sebagai budak UiTM nih!!! UiTM Dihatiku!! yihaaaggghh!!eh..terlebih sudah.ahaha.

Erm..dah lari topik nih,ouh ya.. perjumpaan JPA tuh kan?? Aku datang lambat masa tu.. program start pukul9.00 tapi aku bgun pukul8.30 hari tu, aku sampai naik teksi ke Dewan tu.. melayang duit..oh shet..heh.. Aku sampau pukul 9.20 macam tu lahh.. ala, bukan aku sorang je yang lambat.byk lagi lah... Erm bila masuk dewan tu, terkejut jugak, dewan yang besar tu dipenuhi dengan student JPA.. 


nih la dewan baru kitorang,Dewan Agong Tuanku Canselor..boleh muat 4500 org okehh!

huhhh.aku bukan nak fokus semua aktiviti dia buat hari tu, tapi aku nak focus satu benda...Masa hujung program tuh, kitorang kena baca sumting yang lebih kurang ikrar masa sekolah menengah dulu tuh,hehe.. Cuma yang nih tak payah nak angkat tangan macam pengakap tuh, just berdiri and baca ramai-ramai..

Tengok kat bawah tu apa yang kitorang baca..


nih la yang kitorang baca..Membuka mindaku yang serba sempit nih..


nak dekat lagi zoom nih hah.. MENGGUNAKAN WANG RAKYATTTT..hurm.

Erm, dua ayat pertama tuh buat aku betul-betul patriotik tau.! Since all we doing lepas dapat offer, we just money ,money money.. lambat duit masuk mulalah pergi masuk laman interaktif JPA tuh and then marah-marah sebab duit lambat masuk la, ada yang memaki and so on.. bila duit masuk je, forum tuh jadi senyappp.. bila bukak sem je, start la memaki semua.. erm..aku tak memaki lahh, aku just tukang sapot je.hehe..

Erm..statement yg aku terdiam sebentar tu, DUIT YANG KAMI TERIMA MERUPAKAN DUIT RAKYAT..ouhh.. tersentak seketika.. Apsal lah aku jadi malas-malas sekarang nih.. Aku terlupa yang aku belajar nih bukannya free, sebaliknya menggunakan duit rakyat.. semua duit-duit yang parents korang bayar sebagai tax kepada kerajaan tu, telah digunakan untuk tanggung kami. ouhhh...

Berapa banyak duit rakyat yang digunakan untuk membiayai pengajian kitorang., dekat UiTM sahaja JPA dah support lebih kurang 3000 orang( kata penceramah hari tu), belum campur IPTA lain.. Belum masuk lagi pelajar tajaan JPA dekat oversea.. mau bebillion jugak duit rakyat digunakan... 

Bila fikirkan balik semua nih,memang ada betulnya jugak statement tuh,, ini duit rakyat..Rakyat yang tanggung kami.. so, janganlah mensia-siakan peluang yang diberikan..Berapa ratus ribu orang yang terpaksa berhutang dengan PTPTN..harusnya berfikir la wahai manusia.huhhh..

hurm.dah panjang lebar dah nih.haha..apa pun aku nak berterima kasih kepada kerajaan MALAYSIA lah...especially JPA sebab sudi support perbelanjaan aku dekat UiTM nih..Walopun duit yang korang laburkan kat aku nih sikit je compare dengan student jpa kat oversea,, tapi aku tak peduli jugak.. i lebiu la JPA... :) Bukan setakat UiTM DiHatiku, tapi Malaysia DiHatiku :)






p/s::  Dapat duit dari JPA,PTPTN,MARA etc tuh jangan lupa masukkan dalam ASB..bole gak duit tuh beranak nanti.hehe..

Saturday, March 5, 2011

Light Painting of Canon..

heh..dah pukul 2am..hehe..sebenarnya tadi aku baru je habes maen lightpainting.hehe.. tau tak apa tu lightpainting?? ak pun tau.hehe.encik google kan ada,takkan asyik incik sarepdol a.k.a nama hensem dia incik Sarepdol nak tolong jawabkan kan??

Lightpainting nih kira macam kita melukis la,tapi guna cahaya,bukan guna pensel okehh? Tapi anda perlukan kamera DSLR lah.. Pastu pakai lower suitable aperture,(aku pakai f/8), iso klu bole bgi rendah(iso aku tadi 100), pastu shutter speed ikut suka korang la, nak lama ke nak kejap je(aku tadi pakai shutter 30milisecond )

Huhhh..oleh kerana aku baru first time buat lightpainting nih so memang teruk la hasil dia..Sangat amatur okehh!!Banyak lagi kena imporve nih..hehe.. Kalau otai-otai SLR nampak nih,malunyaaaa..hahaa..Lagipun aku tak pandai nak melukis..cettttt...


Apapun,lihat hasilnya dibawah!! need your kindly honest comment on these photos.haha..


 
hoho..mula2 test dulu..i love you dia kurang menjadi kan??huuhh.pastu background sgt gelaps.

 
hehe..nih lak untuk roomate aku sebab tolong aku set up tadi.hehe


Love is never ugly.hehehe.. love dia tak jelas kan??(sila ignore background dia.hehe)


nih mula-mula nak lukis rama-rama,tengok apa jadi??haha


hehe..nih rama-rama yang menjadi sket je lah.hehe..nieys houri tu nama kawan aku..dia suka dengan rama-rama.heheh..


last but not least..mestilah c kacak lagi hensem kan??incik shazmiey la...hahaha,,sapa lagi..




p/s::hihh..esok ada test lagi,sempat pulak buat lightpainting..apa nak jadi dengan kau nih sarepdolll....sia-sia bapak hantar ko jauh..

Wednesday, March 2, 2011

Busy Macam Tahek


alamak.kesian pulak tenok blog nih.hehe..aku mintak maaf la ye blog,aku sangat-sangat busy sekarang, minggu nih saja aku dah ada 3 test and 2 quiz.. Lepas tu aku kena kejar deadline siapkan projek IID  aku.. Nak conduct everything,kena cari material, nak sediakan booth,..tinggal 26 hari lagi dan my StevFlour is not ready yet..So,wahai blog,klau ko rasa ko dah berhabuk,ko pandai-pandailah bersihkan habuk tuh sendiri k..Aku memang busy sekarang..jadi ko harus sabar dan tabah seperti tuanmu nih(cehh,melebih2 pulak.!)

And aku rasa sem nih sem paling busy pernah aku lalui..fuhh,,asiment tak brenti, homework lain lagik.. Test n quizzes,nasib baik takda mid term.Pastu aku kena amek subjek statistics this sem..argh!demit,bangangnya otak aku dalam mengira2 nih!hishhh..

Hah!Guy, doakan supaya produk aku menjadi masa IID 2011 nanti okeh!! hihi..my productbase on Stevia herbs.. Klau korang taktau apa itu stevia plant,pandai2 la tanya encik google okehh!

Heh.oklah..nak chow.bye!

p/s:: ouh ya,weekend nih ada pc fair kat MidValley..jom ramai-ramai meriahkan Mid okeh!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails