Saturday, February 26, 2011

Chill Childhood Moment Part 2

Erm,hari nih aku nak sambung cerita pasal yang entri lepas..bolehh kan??

hehh..okehh..Seperti yang aku bagitau sebelum nih aku tinggal dengan kakak aku yang sulung sampai lah aku besar.Selepas je nenek aku meninggal, aku pun tinggal dengan kakak aku.. Masa aku start tinggal dengan dia, aku baru nak masuk taidika, tahun 1996.. Aku pun tak tahu kenapa aku tinggal dengan kakak aku.. Maybe mak aku busy masa tu,aku pun tak berani nak tanya.,.

Okehh, sebenarnya, masa tu kakak aku dah bertunang.. heh,aku tak tahu pun yang kakak aku bertunang masa tu..,yang aku tau cuma menyusahkan dia.haha.. Aku ingat lagi masa tadika, kakak aku nih cikg tadika prasekolah, mula-mula aku jadi murid dekat kelas dia, tapi tak sampai seminggu aku dipindahkan ke kelas sebelah..Nama cekgu kelas tu cekgu Seniyati.. Cekgu tu kawan kakak aku jugak,tapi memang baiklah.. heh, masa mula-mula belajar memang excited la.. Paling seronok kalau cekgu tanya lepas tu kita tau jawab and then cekgu tu puji-puji kita.hehh.. Masa mula-mula dulu, pernah sekali cegu seniyati tu buat test la kononnya, panggil sorang-sorang pegi depan, tulis nama  and kira catatan masa diperlukan untuk tulis nama..Sekali sampai turn aku,  aku pun tulis lah satu satu, S H A R I F A Z M I....fuhh, lajuuu..bangga siot!hahaha..!! Sampai rumah terus cerita dengan kakak, "kak,aku dapat tulis nama aku tadi di papan tulis laju-lajuu.." ahhahaha..

And the, masa aku tahun satu kakak aku pun kahwin dengan tunang dia.. tunang dia cekgu dekat sekolah aku jugak.. Nama dia cegu Mohammad, tapi ada yang panggil cekgu Ahmad,tapi orang kampung panggil cegu Amat. Masa tu, aku kira masi mentah lah..tak tau apa itu kahwin-kahwin semua.. Masa kahwin tu memang meriah la sebab tu la orang pertama dalam family aku kawin.. Kan dia kakak sulung aku.. Lagipun, majlis kahwin tu dibuat di rumah baru family aku,so memang berabes lah..Kahwin dia pun style dulu-dulu, tapi masa kakak aku kahwin dulu dia pakai tudung tau,bukan macam sekarang nih..free hair je.

And then, aku masi budak-budak la katakan masa tu.. hehehe. And kemudian, masa petang tu aku stay-stay la dekat bilik pengantin tu..tup tup aku pun tertidur. Aku dah tak sedar apa-apa, yang aku tahu esok paginya, aku bangun tuh, aku kat tidur tengah-tengah di antara kakak aku and abang ipar aku.. hehehe.. Aku peduli apa masa tu, yang penting aku tak kencing malam tu, sudahh.hehehe.. Rilek-rilek je aku bangun main-main, cari bunga telur, pastu amek telur dia and then makan.hehehe..

Hahah tu la kenangan aku masa mula-mula kakak aku kahwin dengan abang ipar aku.. Dorang kahwin tahun 1007, sekarang dah 2011.. dah lama dah.. Bila aku dah besar, bila dah matang sket,tahu apa itu kahwin, kalau kahwin tu nak dapat anak, kalau nak dapat anak kena usahakan malam-malam, and malam pertama tu malam yang paling penting untuk orang yang baru kahwin.. Nak lepas gian la katakan.hahaha.. Baru aku sedar yang aku telah spoil malam paling bahagia kakak aku.hahaha..ye lah, interrupt malam pertama dia.. Samapi sekarang aku tak mintak maaf pasal tu dengan dia.hahaha..Lepas kahwin tu, aku pun masi tinggal dengan dorang..tapi time tu dah pindah rumah baru.hehe :)

Bila pindah rumah baru tu,lagi banyak yang aku belajar,..Oleh kerana kakak and abang ipar aku nih cekgu, jadi tinggal dekat kuarters lahh. Sekolah tempat dorang mengajar tu nama dia SRK Ladang Mostyn.. Sekolah aku jugak la tu.hehehe..Abang ipar aku yang mengajar aku mengaji, pastu kalau makan ada la cerita dia..hehhe..kalau free lagi aku cerita.hahah..

ok lah guys, aku dah penat, lain kali aku cerita lagi okehh.tu pun kalau sudi lah :)



p/s:: nama kakak aku Mariam Abdurahman, tapi aku panggil dia 'keppang'[ e bunyi ekor].. kak ippang jadi 'keppang' bila disebut laju-laju.hehe..ippang tu nama panggilan dia.hehe..aku sebut sampailah hari nih.heh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails