Saturday, February 26, 2011

Chill Childhood Moment Part 2

Erm,hari nih aku nak sambung cerita pasal yang entri lepas..bolehh kan??

hehh..okehh..Seperti yang aku bagitau sebelum nih aku tinggal dengan kakak aku yang sulung sampai lah aku besar.Selepas je nenek aku meninggal, aku pun tinggal dengan kakak aku.. Masa aku start tinggal dengan dia, aku baru nak masuk taidika, tahun 1996.. Aku pun tak tahu kenapa aku tinggal dengan kakak aku.. Maybe mak aku busy masa tu,aku pun tak berani nak tanya.,.

Okehh, sebenarnya, masa tu kakak aku dah bertunang.. heh,aku tak tahu pun yang kakak aku bertunang masa tu..,yang aku tau cuma menyusahkan dia.haha.. Aku ingat lagi masa tadika, kakak aku nih cikg tadika prasekolah, mula-mula aku jadi murid dekat kelas dia, tapi tak sampai seminggu aku dipindahkan ke kelas sebelah..Nama cekgu kelas tu cekgu Seniyati.. Cekgu tu kawan kakak aku jugak,tapi memang baiklah.. heh, masa mula-mula belajar memang excited la.. Paling seronok kalau cekgu tanya lepas tu kita tau jawab and then cekgu tu puji-puji kita.hehh.. Masa mula-mula dulu, pernah sekali cegu seniyati tu buat test la kononnya, panggil sorang-sorang pegi depan, tulis nama  and kira catatan masa diperlukan untuk tulis nama..Sekali sampai turn aku,  aku pun tulis lah satu satu, S H A R I F A Z M I....fuhh, lajuuu..bangga siot!hahaha..!! Sampai rumah terus cerita dengan kakak, "kak,aku dapat tulis nama aku tadi di papan tulis laju-lajuu.." ahhahaha..

And the, masa aku tahun satu kakak aku pun kahwin dengan tunang dia.. tunang dia cekgu dekat sekolah aku jugak.. Nama dia cegu Mohammad, tapi ada yang panggil cekgu Ahmad,tapi orang kampung panggil cegu Amat. Masa tu, aku kira masi mentah lah..tak tau apa itu kahwin-kahwin semua.. Masa kahwin tu memang meriah la sebab tu la orang pertama dalam family aku kawin.. Kan dia kakak sulung aku.. Lagipun, majlis kahwin tu dibuat di rumah baru family aku,so memang berabes lah..Kahwin dia pun style dulu-dulu, tapi masa kakak aku kahwin dulu dia pakai tudung tau,bukan macam sekarang nih..free hair je.

And then, aku masi budak-budak la katakan masa tu.. hehehe. And kemudian, masa petang tu aku stay-stay la dekat bilik pengantin tu..tup tup aku pun tertidur. Aku dah tak sedar apa-apa, yang aku tahu esok paginya, aku bangun tuh, aku kat tidur tengah-tengah di antara kakak aku and abang ipar aku.. hehehe.. Aku peduli apa masa tu, yang penting aku tak kencing malam tu, sudahh.hehehe.. Rilek-rilek je aku bangun main-main, cari bunga telur, pastu amek telur dia and then makan.hehehe..

Hahah tu la kenangan aku masa mula-mula kakak aku kahwin dengan abang ipar aku.. Dorang kahwin tahun 1007, sekarang dah 2011.. dah lama dah.. Bila aku dah besar, bila dah matang sket,tahu apa itu kahwin, kalau kahwin tu nak dapat anak, kalau nak dapat anak kena usahakan malam-malam, and malam pertama tu malam yang paling penting untuk orang yang baru kahwin.. Nak lepas gian la katakan.hahaha.. Baru aku sedar yang aku telah spoil malam paling bahagia kakak aku.hahaha..ye lah, interrupt malam pertama dia.. Samapi sekarang aku tak mintak maaf pasal tu dengan dia.hahaha..Lepas kahwin tu, aku pun masi tinggal dengan dorang..tapi time tu dah pindah rumah baru.hehe :)

Bila pindah rumah baru tu,lagi banyak yang aku belajar,..Oleh kerana kakak and abang ipar aku nih cekgu, jadi tinggal dekat kuarters lahh. Sekolah tempat dorang mengajar tu nama dia SRK Ladang Mostyn.. Sekolah aku jugak la tu.hehehe..Abang ipar aku yang mengajar aku mengaji, pastu kalau makan ada la cerita dia..hehhe..kalau free lagi aku cerita.hahah..

ok lah guys, aku dah penat, lain kali aku cerita lagi okehh.tu pun kalau sudi lah :)



p/s:: nama kakak aku Mariam Abdurahman, tapi aku panggil dia 'keppang'[ e bunyi ekor].. kak ippang jadi 'keppang' bila disebut laju-laju.hehe..ippang tu nama panggilan dia.hehe..aku sebut sampailah hari nih.heh.

Wednesday, February 23, 2011

Chill Childhood Moment

haihh..lama dak jenguk blog yg dah berhabuk nih..nak bersihkan guna cleaning kit,tapi cecair dia dah habes la pulak.heh.

okehh..sebenarnya aku tak bole tido skang nih,tengah berusaha untuk tidur..lampu bilik dah tutup, kipas dah full, tilam dah letak bawa supaya lebih sejuk..tapi still takleh tido,last-last end up dengan bukak laptop balik, mulalah merepek macam niyang rapik kat blog nih.heh.

Sebenarnya,aku pun tak tahu nak update apa hari nih,. Tapi ole kerana boring sangat,korang layan je la cerita aku nih okeh. Aku nak cerita pasal aku punya childhood story malam nih,boleh dak? hihi.. Bole lah kann?? heh..Kalau rasa boring tu, pangkah terus je button merah dekat tepi tu.hihiii..Kalau nak baca,ready-ready la ye.hehe

Erm, sebenarnya, aku nih lain sikit dengan korang-korang.. Ermm, maybe korang masa kecik-kecik dulu dibesarkan oleh parent kan?? Sebenarnya aku masa kecil lagi tinggal dengan nenek and atok aku.. Nenek dengan atuk aku nih dari sebelah mak aku..Atok aku nih orangnya kurus, mungkin dari situ kot aku jadi kurus nih.heh.. Tapi nenek aku sebenarnya gemuk.. Sampai la dia meninggal badan dia tak pernah susut.. Keturunan dia jugak kot.. Dorang la atok and nenek yang pernah aku ada sebab atok and nenek aku seblah ayah memang tak sempat jumpa, Atok seblah ayah aku meninggal 1983 and nenek sebelah ayah pulak 1988.. Memang tak sempat.. Ayah aku ada ada 9 orang adik beradik, tapi yang hidup cuma ayah aku, yang lapan lagi meninggal, tak sempat nak besar..

(sekadar gambar hiasan)
tanpa nenek and atok aku, aku pun konferm2 tak sampai
ke tahap ini..rindunyaaaa...

Aku ingat lagi, aku tinggal dengan nenek and atok aku dekat Kampung Pengkalan( fishery village at my hometown). Rumah kitorang nih rumah kayu,ingat lagi,.I live with them since aku aku kecik lagi, sejak berumur 3 tahun rasanya, aku pun tak sure sangat, tapi lepas atok aku meninggal tahun 1993, aku and nenek aku pun balik rumah mak aku, tapi entah kenapa, nenek aku balik rumah lama tu, and aku pun ikut sekali.. Ingat lagi, masa tu nenek aku balik naik lori,,(untuk pengetahuan, lepas atok aku meninggal, nenek aku lumpuh, tapi that time tadak wheelchair lagik). Maybe rumah tu banyak kenangan kot,disitu lah mak aku and macik n pacik ku dibesarkan, disitu la dorang raise up their cucu,disitu la jugak sisa-sisa hidup dihabiskan,. Love till the end,. Itulah power of love kot. Hurm,aku pun tak pasti aku bole macam tu ke tak,heh,. Dekat rumah lama tu, aku,nenek(aku panggil dia dengan panggilan inak(maksud dia 'mak', mak aku kan panggil nenek aku mak,and aku terikut-ikut panggil nenek aku 'mak') and macik aku yg time tu masih sekolah dat time.. Aku tinggal dengan nenek aku tu sampai la dia meninggal dunia.. Sedih tu memang la,,ye lah,dari ko kecik, ingat lagi atok kau mandikan, main-main lagi dengan nenek, kalau tak dapat apa yang di nakkan terus menangis.hehh.. Maybe dah terbiasa sejak dari kecil, apa aku nak mesti dapat..


nih Kampung Air dekat Tawau,yg kat tempat aku taklah 
besar macam nih..

ermm..macam nih la jambatan dia kalau nak pegi rumah 
nenek aku dulu..banyak sejarah dia..entah wujud lagi ke tak rumah tu.hurm




Lepas je nenek aku meninggal, aku tak tinggal dengan parent aku,but, aku tinggal dengan kakak aku paling sulung.. Aku ada tujuh orang adik beradik, kakak yg sulung, abg yg nombor tiga and aku sebenarnya sejak kecil lagi tak tinggal dengan parent,tapi dengan nenek and atok lah..So ,thats why, since my grandma died, kakak aku yang jaga aku.Bukan la anak terbuang,,hahah,,tapi entah lah,, Kakak aku yang sulung tuh masa tu dah jadi cekgu dah.. Aku ingat lagi, bila aku tinggal dengan dorang, kakak aku lom kawin. And aku tinggal dengan dia la.. Dalam rumah tuh ada 4 orang kalau tak silap..Semua cegu pompuan, and ada seorang kakak, time tu dia tahun 6 kot..aku masa tu tadika. hehe..masyuk jugak lah..Sebab, aku tidur dengan kakak aku pastu kakak aku share bilik dengan sorang cegu pompuan yang lain.. 

Ada satu peristiwa yang aku tak bole lupa sampai sekarang,hehe.. Sebenarnya aku masa kecil dulu ada bad habit tau, aku nih kerap kencing malam.hehe..So, kalau nak tidur tu, kena kencing dulu lah,takut kencing masa tidur pulak,,and one day, aku terlupa nak kencing sebelum tidur, last-last, aku pun kencing dalam tidur, basah satu katil, dengan kakak aku and cegu pompuan tu sekali basah dek kencing aku..hahaha.. Last-last, pagi tu kakak aku dah setat bising..haha..Tapi sebab aku masi kecik masa tu, so, jadi bahan gelak je lah.hehh.. Memangb susah jugak la nak bagi kering dekat luar,sebab tilam tu jenis spring punya,so berat la nak jemur kat luar kan..

hehh,aku sampai darjah 5 kot kencing masa tidur..huhh.


hehh..bila dah kencing tu,memang payahlah nak jemur,
kalau tak memang bau lah...



Hahaha..banyak la kenangan masa aku kecik.aku tinggal dengan kakak aku sejak ddari dia bujang, sampai dia kawin( aku ganggu 1st night dia), sampai dia pregnant anak pertama, jaga anak kakak aku tu yang pertama(masa umur 8 tahun), jaga anak kedua, dari naik motor tukar pegi kancil pegi iswara pegi Mazda Fighter tukar pergi Naza Citra pastu tukar pegi Dmax..so,aku memang rapat la dengan kakak aku yang sulung.. Aku tinggal dengan mak aku hanya dari tahun 2005-2006.. Tahun 2007 tuh aku pun masuk UiTM sampai la sekarang..So,aku nih bukan jenis manja dengan mak aku la..Tapi aku pun tak lah manja dengan kakak aku,tapi most of decision yang aku kena buat memang aku akan tanya kakak aku,bukannya mak aku.hurmm.. Tapi arwah ayah aku memang care pasal aku lah.. Mak aku pulak rapat dengan abang aku yang sebelum aku..Tapi sejak ayah aku meninggal nih, aku pun makin rapat dengan mak aku..Hopefully to the end la harapnya..


Huh,ok lah,sampai sini je la..nanti sambung lagi okehh??


p/s:: Nenek aku dikebumikan sebelah atok aku..nanti aku pun nak dikebumikan sebelah future wife aku bole dak??



Saturday, February 19, 2011

ARgh!

otakku bgai diskru dengan pensel yg menyakitkan!

arghhhh..sekarang dah sakit kepala sebab satu hari memikirkan statistics! Apsal la wujud subjek nih dalam dunia.. aduihh..hari nih aku satu hari dok pikir pasal regression je, pasal curve fitting, cubic,cuadratic... bole patah tengkuk aku macam nih mengadap laptop, buku..demit!

Aku pun tak tahu nak update apa hari nih..asyik pening-pening je.. korang pegi la main-main dulu,aku nak rehat hari nih.uhuk uhuk.





p/s:: kenapalah aku blajar statistics nih.

Thursday, February 17, 2011

Aku Tanak Lemak.!

hii wassup!!hehe..

erm,hari nih nak cerita pasal aku..takda benda lain lah.hiih.erm, nak habaq satu benda, aku baru je beli sumting.huhh..okehh.nak tahu apa?? ushar kat bawah nih.hehe

Okehh, macam korang sedia tahu la, especially those yang spa dah kenal dengan aku, yang hari-hari jumpa aku, yg pernah gambar2 aku kat blog ke, kat facebook ke, kat friendster ke(ehh,wujud agi ke?), mesti korang akan cakap,mak aih,kurusnya mamat nih..dah agak dah, ramai yang tegur aku cakap aku kurus.hurm. motif?? aku pun tak tau.hehe.

And kalau nak tahu, aku pun pernah gak minum susu nak kasi naik badan nih,tapi macam biasalah, aku nih tak committed dengan benda2 yang perlu high commitment macam nih.. nak minum 3 kali sehari, kena pegi gym, kena makan 5-6 kali sehari..bapak kenyang nak mampus pun kena makan gak..walaupun perut aku nih comel2 je muatan dia.

Hehh,last 2 days, my housemate recommend me satu produk nak bagi weight gain.! yeahh.sekali lagi..hurm..tapi kali nih perisa vanilla..hah,kalau nak tahu aku nih allergic minum susu..hidu bau susu pun aku dah nak muntah,apatah lagi minum..bila dok masuk kerongkong...yearghh!! terkeluar lah bendalir hijau macam alien.haha.. erm.okehh..back to the story, yeahh,aku pun beli lah weight gain tuh.. harga dia rm185.. mahal jugak, kalau tak habis minum nih kira membazir pulak kan??


nih la dia..serious mass..prisa vanilla.hihi


hihi..nih lak instruction dia..byk songeh la
benda macam nih.haish!tensen!demn!

nih lak scoop dia..klik lagi utk tumbesaran.

nih scoop versi terbalek?? motif?? saje je.hehe



Okehh,nampak tak besar scoop dia kat atas tuh??!! argh!!demmit,! nih bukan buat minuman ni!, nih scoop untuk serbuk cuci kain! adakah patut!Nasib baiklah aku dah bayar ko,kalau dak,memang ku tolak engkau jauh2 tau!

Heh,erm,,aku nak try jugak weight gain nih,harap2nya naiklah sikit berat badan, so kalau ada ribut takyah la nak risau kan?? hihiii.. peeps,doakan aku ye supaya aku dapat naikka berat badan nih..aku taknak lemak tuh semua, aku cuma nak otot okehh!! muscle! takmau lemak!!

p/s:: fact ckp, org yang kurus selalunya hypermetabolism, maksud dia, lepas je makanan masuk, amek je kanji jadi tenaga, terus dia proses jadi taik, dia tak sempat amek protein nak buat otot,ada protein pun, bacteria dlam badan dah angkut.hurm..faham??

Wednesday, February 16, 2011

Addicted to Pics!

wahh..

dah lama siot tak update blog buruk nih..hurm..sorry i've been busy lately.. as u know, i already got my slr camera, so most of time aku dengan camera aku skang..heee..memang addicted nih tau!hehee..sorry la for  jarang update..kesian la kau blog,dah la buruk, makin buruk.heee..ok2..nak share dengan korang some of pics aku amek lately..klu hodoh tu sila bagitau k! erm..do need your comment for space of improvement..okehh?? enjoy those pics.thanks.



lawatan academic.

lawatan academic gak

my classmate gila kemra!

my very first light trail

my anak buah :)

my anak buah jugak. nama dia mamat,tepi tu nama manja!

nih anak buah gak..nama dia yuyun..comel kan??cam uncle dia.ehe

my old fren nih.skang my junior..

masa nih kat kulai johore ari tu :)


p/s::macam ada orang nak baca blog aku nehh.hehe..pssstt,.sapa nak photoshoot free pm me okeh??!! srius!

Monday, February 7, 2011

Ambi Pur Hot!

Slalu nampak kan iklan ambi pure nih kat tv..hehe..tapi kalau kita dengar Ambi Pur, mind set kita akan cakap Ambi Pur mesti pewangi untuk kereta, ta pun untuk rumah kan?? And so on la..hihi.. Ambi Pur nih kalau letak kat rumah memang best jugak..Kat umah aku pakai lavendar.. tapi skang dah pakai Glade..hihi

Huhh,tapi skang Ambi Pur nih dah moden,, kalau dulu just untuk attract tetamu kan dengan wangian2 yang best, tapi sekarang kepada macik-macik yang lom ada boyfriend, saya sarankan macik-macik sekalian pakai Ambi Pur nih... sebab kenapa?? Cuba tengok iklan kat bawah nih..hihihi



hihihi..iklan Ambi Pur..

macik nih bila pakai Ambi Pur nih
lelaki muda pun terpikat.haha

adohaii..Ambi Pur nih tak boleh ada
kat Mesia..susah nanti

waw..macik nih dah gatal nampak.gigit2 lagi.hih
sikit lagi nak lovebite.haha!!

hihi...tengok tuu,Ambi Pur dah keluarkan wangian yang baru tau!! Bukan lagi untuk letak kat umah,tapi untuk boipren baru.hihiihh...tapi kalau korang tengok Ambi Pur nih sebenarnya untuk toilet la..hihiii.. tengok tu dia cakap kat bawah iklan Eau De Toilette..hihi, Eau dalam bahasa french is Air, Toilette tu toilet la,,so cecair pewangi untuk toilet..tengok tak macik tuh bawak alat pembersih jamban kat umah korang tu.hihihh..

Tapi kalau korang nak attract jugak boifren korang,hah,sembur je cecair toilet nih kat badan korang..hihih.mesti jadik cam iklan kat atas nih..barulah hawt!! kah kah kah!



p/s::Aku pakai White Musk For Men, kat bawah tu dia tulis Eau De Toilette Pour Homme..(takkan la aku pakai cecair toilet untuk lelaki,cesh!)

Sunday, February 6, 2011

Facebook Hidden Secret!!

walohaa!!haha..wasup,.korang sihat ke wehh?! Rindu la kat korang.hihih..nih yang terus hupdate nih..elleh,aku tau la korang mesti tunggu entry aku nih..al-maklumlah nak jadi model aku kot?! hahaha.. takdelah...just kiddin okeh?

Emm,hari nih hamba nak share sumting dengan korang.ini barang hamba pasti akan bikin anda jadi sihat dan kuat.hihi..apalah aku merepek nih.hehh.okehh..takdelah..aku nak gitau korang sumting lah..iaitu pasal pesbuk atau nama komersialnya FACEBOOK.. Ada yang cakap facebook dah nak tutup bulan Mac nih kan?? hishh..taktau la betul ke tak..tapi kalau betul,memang Zuckerberg dah gila kot..Dah untung camtu pun nak tutup jugak??hihihi..Agak impossible la kan,lagipun dia dah banyak upgrade facebook lately and then nak close down..?? agak keraguan disitu.hihi..

Aku tau sangat yang korang nih dah addict dengan facebook nih..Walaupun dah lama facebook nih, tapi demam dia tak pandai berkurang,makin berjangkit-jangkit,kan?? hihi.. And then banyak la fakta dikeluarkan tentang facebook nih,,ada kajian pasal facebook dengan prestasi pelajar, pastu facebook jadi punca penceraian, facebook jadi punca dibuang kerja and banyak lagi kan?? 

But apart of it, ada jugak kebaikannya,contoh, Dato' Vice Chancellor kitorang(UiTM), ada facebook sebagai medium interaksi between students and VC.. So, semua aduan pasal UiTM boleh directly diadukan kepada dia kan?? lesser third party,lesers miscommunication it is kan?? 

Tapi,,yang aku nak share dengan korang lagi syok dari apa yang ku gtau kat atas..heee.. sebenarnya,selain daripada Facebook nih ikut colour bendera Israel,dia ada agenda tersembunyi..Nak tau? okeh2,,aku gtau,cuba korang masuk laman web facebook..ok dia kluar macam nih kan?? 

kalau korang tak dapat yang camni tatau la..buang laptop tu..

Pastu,cuba tengok kat peta dunia seblah dia tu,,and cuba tengok hidden message yang tertulis kat map tu.hihii..kalau malas nak decode message tu,hah,tengok kat bawah tu.

hihii,nampak tak apa yang aku nampak??hehehe


Nak nampak lebih jelas?? biar aku kasi jelas sikit tulisan tu..hihihih..kalau tak nampak jugak tak tahu la,beli cotton bud cocok kat mata tu hah biar kasi terang sikit..hahah!


Facebook:: SEX,hahh,nih yang belajar hari-hari kalau
asyik muka buku je.hihii

hahh tu lah,korang tak perasan kan?ihihi.pesbuk nih memang ada-ada je..haaha.okehh la..saja je tu nak share dengan korang..papun,gunakan facebook dengan sebaiknya, jangan salahgunakan, jangan biarkan facebook jadi punca pergaduhan and so on la..kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi okehh!!zassss!



p/s::kalau facebook nak close down,terpaksa pakai yang DrRozmey punya social network tu,haishh.tanak aku!

Saturday, February 5, 2011

I ♥ Canon EOS500D

wargghh!!apa dah jadi!!hahah..yah2!,kalau nak marah,marah la.!hehehe..sorry guys for neglecting this blog for awhile..uhuh!sorry.okeh!start!

erm..actually,the main purpose i update hari nih nak bagitau kat korang sumting! hihi.. Korang perasan tak dulu masa mula-mula nak start blog nih,aku ada tulis entri pasal DSLR Camera kan?? which is DSRL Camera nih adalah salah satu gadget yang aku inginkan? huh,mesti tak ingat,tak pun korang tak baca.hehh..macam aku tau tau!

okehh.,dengan rasa happynya aku nak habaq kat korang,..yang impian aku tuh dah tercapai :) yes! i got DSLR camera already.. hihi..jangan ahh jeles.hehehehe..

Sebebnarnya begini cerita dia, mula-mula aku nak beli lah on 27th Januari ari tuh, mula-mula pegi lah Low Yat, nak beli camera tu, sebab aku dah giannnn sangat dengan SLR camera nih..gila kau! hahaha.. Mula-mula tu aku ingat nak beli Nikon D3100 sebab aku tengok macam ok je camera nih,al-maklumlah,nih SLR camera yang paling latest untuk beginner level macam aku..takkan la terus nak angkut yang expert punya kan?? agak-agak lah..haha..

And then bila sampai kat Low Yat tu,aku pun mulalah survey-survey harga,kalau Nikon D3100 tu lebih kurang rm2000 la..Skali ada sorang mamat cina kat kedai tu pujuk aku beli Canon EOS 1000D..dia explain banyak lah,tapi hati aku dat time memang nak Nikon D3100 jugak sebab bujet aku tak lari dari RM2000 macam tu..Skali aku call lah member aku yang nama Apis Zainal dan dia nih kalau nak tahu adalah seorang bakal cekgu dan jugak seorang freelancer photographer,..(kalau korang nak kawin perlu photographer,dia nih best sikit sebab i kenal,bole dapat murah,hihihihi),Aku pun call lah dia nak tnya pendapat dia, dia cakap jangan beli Canon EOS1000D sebab function dia limited, bagus beli Canon EOS 500@550D..skali dia pun offer untuk beli kat kedai dia selalu beli barang kat Pertama Complex, tapi kena tunggu keesokan hari dia lah.hih..Aku pun setuju la..sebenarnya aku tak pernah pun face to face dengan Apis nih..just face to book,heheh..

And keesokan hari dia, aku pun jumpa la dengan dia,,hihh..Dia pun bawak aku kat Kedai tu, Selangor Photographer..alah,korang mesti tau punya..hhehehe..And sekali bila dah bertentang mata dengan Canon EOS500D kat kedai tu,aku pun terus jatuh cinta!! damn! Kemre nih sungguh hot! Hitam Menawan!! hihi..aku pun bila belai je kemre tuh dah start syok dah.hahaha.memang best la camera nih..hihi..kalau korang nak try pegi lah Pertama Complex tu..try sendri!.hehehe

Erm...akhirnya aku pun beli lah Canon EOS500D tu.hohoh..Klau nak tahu kata kawan aku,kedai nih kira jual camera paling murah kat KL!! aku dapat price dia RM2250..nice kan?! Ye lah,EOS500D nih kalau kalau kat Low Yat RM2400 tau..tu pun kalau kau jumpa.hahha..aku tanya kat Low Yat ari tu RM2450..hurm..so kira murah lah kan??hihih..Skali beli EyeFish Lens(ku pun tak sure harga dia,hahah).. wahh..damn habis duit aku siot!! Last Disember Laptop,tahun baru ari tu Handphone, bulan nih kemre la pulak...adoihh..kenalah bejimat la pulak pas nih.

anyway,camera nih baru berusia 6hari,doakan kesejahteraan beliau okehh!!hehe..anyway,more update after this.!!update pasal lawatan akademik,update pasal kenduri akikah kat Kulai and so on lah..thanks for reading guys,bye!

So,last but not least,aku nak introduce la dengan korang,gadget terbaru aku...trennnngggg!!


Uunboxing first. :)

taraaa!!nilah dia my new wife..wife nombor 3..satu lagi kurang(ipod)

nih pulak bag dia..haish..apa kaitan?! kau bukan wife aku pun!



p/s:: sapa nak jadi model aku??!!sound2 kat gua okehh!..haha!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails