Sunday, December 12, 2010

Mari Melancong:: Sabah Mari!


hari nih aku blogwalking kat belog member-member macam biasa lah.. And then sampai la aku kat satu belog nih,kat dalam belog tuh, aku ternampak satu gambar yang sangat-sangatlah buat jiwa aku sungguh calm.. sungguh tenang, sebenarnya picture tuh adalah picture sunset, huhh..sangatlah tenang..siyes, aku yang jiwa tekanan sebab tenet slow terus feel happy..hihih.

erm,sebenarnya picture tuh adalah sunset kat Tanjung Aru.. Kalau korang tak tahu Tanjung Aru tuh katne, korang try google..hihih..tu pun kalau korang rajinlah.. Tanjung Aru sebenarnya terletak di negeri aku yang terchinta, Sabah.. The Land Below the Wind.. The name "Land Below the Wind" is given to Sabah simply because it is located below the typhoon belt, thus setting the State free from climatic disturbances..hih,,  tu lah asal usul title tuh.. 


nih lah sunset kat pantai Tanjung Aru..sangat jingga...macam kat Terengganu la pulak..

juga kat Tanjung Aru..aku sangat rindu pantai nih..bila la dapat balik ke sini lagik... hurmm.


Actually entri kali nih sebenarnya nak tunjuk kat korang what is actually Sabah is,entri nih khas buat korang-korang yang belum pernah datang ke Sabah,mana la tahu kot-kot one day korang akan jejakkan kaki ke Sabah kan?? erm, so today i will share some interesting place here.okehh?? Cikyaya..kalau boleh abang nak bawak ko jenjalan kat Sabah,tapi tunggu aku jadi kaya okeh?! Hihihih..

Ok,mostly orang-orang dari Semenanjung selalunya akan jenjalan dekat 3 main city dekat Sabah nih iaitu Kota Kinabalu called as KK, Sandakan and Tawau. KK merupakan tempat tumpuan utama dekat Sabah sebab semua access ke Sabah korang boleh dapat dari sini.. Tapi hari nih aku just nak mention pasal KK je. Boleh kan?? 

KK has an airport which can be divided into two, Main Terminal untuk penerbangan MAS dan international carrier and Terminal 2 iaitu untuk penerbangan tambang murah which are AirAsia, Cebu Airlines and Tiger Airways. huh..lebih kurang macam KLIA jugak la airport KK nih..


Nih la airport KK,Kalau naik AirAsia terminal dia
kat seblah runway  main terminal.


Bandaraya KK.coastal city..

Lpas tuh,sampai kat KK korang jangan risau,KK tak mengelirukan macam jalan-jalan dekat KL nih.hih, kalau korang nak sewa kereta pun boleh jugak..  Kat KK nih ada byk tempat menarik yang korang takkan jumpa kat Semenanjung contohnya Monsopiad Cultural Village,. korang pernah dengar tak headhunters?? hah, kat tempat nih la korang bole nampak tengkorak-tengkorak. Kalau korang nak tahu, one tribe kat Sabah nih which is Murut nih sangat fames dengan gelaran HeadHunters.! tapi tuh dolu-dolu..skang dah takda dah...korang google la klu nak tahu lebih lanjut.

nih kepala tau bukan kelapa..korang boleh ushar nih
kat Monsopiad Cultural Village.


Kalau korang anak orang kaya, korang bole pergi stay kat Karambunai Lagoon Resort.. Resort nih merupakan antara yang terbaik di Asia!. Tempat dia memang cantik.Aku dah pernah pergi sekali, sangat cantik..Tagline dia, "some say it is heaven".. Kalau korang nak tahu kenapa?? Cuba tengok kat bawah nih..


nih la Karambunai Lagoon..cantik tak pantai dia??



Kat KK jugak, korang bole pegi Muzium Sabah, klu minat pantai korang bole pegi Tanjung Aru, kalau minat rafting pegi Sungai Padas, kalau suka shopping mutiara korang pegilah ke Pasar Filipin..Banyak lagi lah,  tapi benda yang paling penting kalau korang datang ke Sabah is Taman Negara Kinabalu.!!

nih la puncak Gunung Kinabalu.sgt sejuk okehh!nampak
awan je..macam bejalan kat awan.seronok!!

Taman Negara Kinabalu terletak lebih kurang 2 jam dari KK, kat sini korang bole pegi Gunung Kinabalu, dan dari sini jugak,korang boleh ke Kolam Air Panas Poring, Kundasang War Memorial Park, Ladang Teh Sabah, Melinsung, and byk lagik!! Siyes i told you, kalau korang pegi tempat-tempat nih,korang rasa kat luar negara..Pukul12.00 tengahari pun korang still rasa sejuk terutamanya kat Gunung Kinabalu.! Kalau korang teringin nak pegi New Zealand, tak payah jauh-jauh,susasana dia lebih kurang kat Sabah.. 

nih bukan Dunedin,NZ, tempat penggambaran LOTR
tapi nih sebenarnya kat Laban Rata, Gunung Kinabalu.
(takpayah pegi NZealand)

nih pulak kat Melinsung.lebih kurang Ladang Lembu
kat NZealanf dalam iklan susu tuh.hihi..


bole main kuda kat Melinsung..hihi..nih aku hambek 
kat Facebook junior aku.heheh..


Tapi tumpuan paling utama dekat Sabah nih tak lain tak bukan Gunung Kinabalu.. Memang aku kalau nampak Gunung Kinabalu nih aku jadi bangga sebagai orang Malaysia.Nak tahu kenapa?? Sebab walaupun kita kat garisan Khatulistiwa,ada juga tempat sesejuk macam nih.hihi.. Aku pun sebenarnya belom lagi naik gunung Kinabalu nih.insyaAllah tahun baru cina nanti aku akan panjat Gunung Kinabalu nih! hihi.. Perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu memakan masa sehari. Memang mencabar. Cabaran utama ada 2 iaitu cerun yang curam dan yaling paling utama is KESEJUKAN MELAMPAU.hihi.yeahh..kata kawan aku yang dah pernah mendaki gunung nih suhu dia lebih kurang dalam peti sejuk.. hih.korang bayangkanlah korang masuk dalam peti sejuk selama satu hari.hih..macam tu la lebih kurang.. Tapi bila dah sampai kait puncak, KONFERMMM!!! NOTHING IS IMPOSSIBLE dan korang dah membuktikannya..hihih..Gunung nih  4905M...lebig kurang 2 kali ganda Gunung Ledang..huhh..

Wahhh..dah panjang sungguh entri nih!! hahaha..erm, takpa la..kalau korang rajin,bacalah sampai habis.hihihii...Sebenarnya byk lagi tempat yang menarik kat Sabah nih,aku pun lom round habis semua tempat kat Sabah nih..So, kalau korang sukakan alam semulajadi datanglah ke Sabah, walaupun Sabah taklah semoden dan semaju KL, tapi kalau nak rehatkan minda daripada segala pencemaran kat KL tu,datang la ke Sabah.hihih..

Ok la..sampai sini je la..sebenarnya aku nak nak carik partner nak cari gunung nih..hihih,,so,kalau korang nak join,serius nak join, pm me anytime yang penting sebelum ujung tahun nih,senang nak atur,hihih..nak naik gunung nih!hihhi..

info untuk Gunung Kinabalu kat sini.

lagi gambaran lebih jelas pasal Sabah kat sini

nih pun kat Sabah jugak tapi taktau katne..aku pun
tengah mencari tempat nih..terasa macam kat
Phuket la pulakk..


click to enlage..pic nih high resolution...lebih detail pasal KK


p/s:: So,sapa nak join aku mendaki gunung Chinese New Year nih?? jom la join. :)


28 comments:

kanjopang said...

untuk pegetahuan anda..lipas orng sabah=)

asal dari sabah. stdy kl..
so kalau dtg sabah inform aku.mne taw aku boleh bawa jalan=)

Shazmiey Abdurahman said...

lahh.sabahan..hihihi..tak sangka..ingatkn org semenanjung.hihihih..sabah tinggal mana??

syrupmasin said...

gamba cantek :)

::wan fadhilah:: said...

bagus2.. pergi la melawat sabah.. byk tmpt cantik..huhuhu.. sya asal trgnu, tpi blajar kt sabah.. 3tahun kt sini, xpernh daki lgi gunung kinabalu tu, tpi kt kaki gunung tu dh daki.. hehehe

Cik Jari said...

cantiklah karambunai tuh....harap2 dpt g sana,suatu hari nanti...sarepdol jadi pemandu pelancong boleh?

Shazmiey Abdurahman said...

syrup:cantek..klu pegi lagi cantik..hihih..jomlah..

Shazmiey Abdurahman said...

wan::ouh wan dulu stdy kat ums ke uitm??

Shazmiey Abdurahman said...

CJ:karambunai tu memanf cantik, sarepdol dah pegi 3 kali..2 kali kat waterpark dia, n skali kat padang golf dia..cantekkk sgt! hihi,,klu CJ nak pgi Sabah,sound2 je aku,aku bawak jalan2..hihihi.

amry said...

memang cantik la negeri ko. pergh...alam menghijau. aku tak nah g lagi sabah.dapat g mesti best kan.n yang aku tahu orang sabah baik-baik dan manis-manis belaka.ko pon ensem gak..wakakakaka..

Shazmiey Abdurahman said...

amry::hihihi..dtg2lah..sapa2 yg lom ada girlfriend tu mai la dtg Sabah, nanti anak korang putih-putih, cun melecun..hihih..

papun,ayat terakhir kau berbau gay.hahahah!just kiddin.

Fxysche Nas said...

OMaigoddd...rindunye kt sbah!!!
dulu kte tggal 5 minit je dr tnjung aru tu.
tp skrg da pindh smnjg.sob3

Shazmiey Abdurahman said...

Nas::hihi,,,best kan tanjung aru..rindu la sgt!!erggh!

amry said...

pasal ada bunyi gay la aku gelak sakan..kalau tak aku buat auuuuuuu. u hensem la....uwek!nak muntah aku weiii.. :P

Shazmiey Abdurahman said...

hihihihi...engko ahh tu,tp memang laki2 sabah ensem2..(puji diri sendiri macam taik,puih,)miahahahah!~

nadzirah aqilah said...

memang cantik bha di sana.. suka sa masa jln2 d KK, Ranau, Kundasang..

ingat lg sa, ms di ranau tu, memang sejuk!!! siyes xtipu.. pagi2 takut wooo mo mandi.. siap suh mama sa bikin air panas.. hahaha..

bila lah sa dpt dtg lg nie..

Shazmiey Abdurahman said...

gila ehh,klau mandi sana ranau memang la..aku pun slalu pakai heater.. ruma mentua abg aku sana..jadi aku slalu stay ranau.hihi.. ko suda naik tu gunung ka??

ilya(: said...

tanjung aru tu mmg cntek,,,tp x pegi lgi,,,hurmm,,pasar philippine dye 0key jgak,,sy0k ntuk sh0p,,i've been there,,,best lar jgak,,(:,,gunung dye hanye mmpu ntuk jejak kat bwh jep,,hehhe,,,x nek ats p0wn,,,(:

Shazmiey Abdurahman said...

ilya::hihi..sayang tak naik gunung..dtg jauh2 tak naik..hihih..jgn risau,aku asal sabah pun lom penah lagi datang Sabah..hihih

nadzirah aqilah said...

nda la.. bulum lagi bha tu.. tapi kaki gunung sa suda sampai... kira pernah juga la kan jejakkan kaki di sana.. hikhik

Shazmiey Abdurahman said...

hahaha..yang penting smpai suda bha..seronok juga ko kan suda jalan2 p sana..ko penah pigi singapore ka??

nadzirah aqilah said...

bhahahaha.. malu sa mo jawab soalan last ko tu... tinguk singapore ma jambatan dia sa slalu bha tu.. tapi kalau pergi ndak lagi... ngeeee...

░♥si lampu neon♥░ said...

Land Below the Wind!! very spectacular ! lovvve itt

Shazmiey Abdurahman said...

nadz::hahaha..sayangnya ko menengok dari jauh ja.hihih...pegilah bha..dekat sya tu pun.klau aku..fuhh,asal ada duit terus bepoya2 sana dkat singapore..hihih..

Shazmiey Abdurahman said...

neon::hihi.yepp..u should go anysoon.. start saving and lets go there..hihi..

nadzirah aqilah said...

haaaaa.... tu yg sa suka tu.. asal ada duit.. means fulus bulum ada.. lgpun passport pun teda lagi nie.. hahaha

Shazmiey Abdurahman said...

hihih..buatlah pasport..rm100 ja.hihih..aku ingat mo p next year..hihi..

rabiatulpaid said...

dah penah jejak sabah.
al-maklumlah org malaysia
support pelancongan malaysialah an.
mcm kundasang sejuk,so suke sgt.hee

hani apandi said...

SABAH MEMANG BESTTTT!
tahun depan nak melancong kat sabah la..uitm swk selalu buat rombongan pegi sabah.insyaALLAH, nxt sem kita org akan bkunjung ke sana lagi.:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails