Sunday, November 7, 2010

More than words.


Saya suka tengok awak..kala saya tengok awak saya akan ingat satu benda.. saya ingat awak bidadari yang diciptakan untuk saya. Sejak saya Nampak awak. Saya dapat bayangkan macam-macam tentang awak(awak jangan piker yang pelik-pelik pulak).
Awak, first time saya pindah sekolah awak, awak dating jumpa saya. Awak cakap dengan saya, tolong bayar lima posen(sebenarnya dua hinggit,saje nak ubah sket). Untuk yuran kelas. Saya pun keluarkan dompet(time tuh takde dompet,amek dari poket) dan amek not RM10.009(duit singgit-singgit dua keeping) dan serahkan dengan awak.  Dalam hati, wahh.awak garang. And saya still ingat lagi, awak pengawas. Hurm. Patutlah garang.
And then,saya ingat lagi masa kita main-main, saya tarik tudung awak.. Tudung awak masa tuh kaler hijau.sebab awak ketua pengawas.  Saya tarik sampai terkoyak. Saya mintak maaf and awak pun ok,maafkan saya.saya ingat lagi tau walaupun dah 10 tahun berlalu.
Saya ingat lagi awak gadis brilliant dalam kelas. Selalu dapat nombor satu dalam exam, bila saya datang sekolah awak, saya pun terikut sama. Tapi awak lebih pandai, awak masuk sekolah pandai. Saya sekolah biasa je. Tapi awak untung la.saya jeles la tengok.hurm. tapi  takpa.
And saya still ingat lagi, masa saya form three saya selalu main email dngan awak. Ye lah., dulu mana ada handphone nak call, nak sms.. tapi bila satu hari saya beranikan diri saya pun hantar emel dengan awak cakap yang saya suka awak.  Walaupun tak berbalas, saya tahu la jawapan awak. Kene reject. Sedih jugak..huk huk..Tapi lepas tuh kita kawan balik kan..
Saya ingat lagi bila kita habis SPM., hari-hari saya call rumah awak(sebab dulu awak takda handphone). Kalau saya call, mesti nenek awak yang sambut... sampai sekarang saya ingat nombor telefon rumah awak +089-85***1.. tererkan saya. Saya hafal nombor telefon rumah awak sejak sekolah rendah lagi.
Keluar result SPM awak yang pandai-pandai masuk Matric.Saya yang kurang pandai masuk UiTM. Saya ingat lagi, beberapa hari sebelum saya amek paper AGR120, Plant Science, saya sms awak propose awak sekali lagi, and saya kena reject lagi. Malu—malu jugak. Heh. Tapi tak kisah la. Yang penting saya dah try.
Masuk 2nd semester dekat UiTM, saya cakap saya nak ushar awak sampai awak dapat, tapi awak cakap dengan saya, saya takkan jatuh hati dengan awak. Hurm., masih ingat sampai sekarang. Kali ketiga propose pun still kena reject.
Lepas tuh, saya bawa diri, saya gembirakan hati saya, saya main kasih-kasih dengan perempuan lain. Tapi dalam hati tak pernah lupa awak. Awak tahu, setiap kali saya jumpa perempuan baru, saya takkan lama dengan dia sebab saya still teringat awak.
One day, saya hampir dapat lupakan awak bila saya kenal dengan sorang pompuan lain. Tapi pompuan tuh pompuan psiko kot. Jadi saya pun tak la sampai kemana dengan dia and hati saya balik teringat kat awak.
Macam biasa, one day saya mesej awak, awak cakap, apa mimpi nih tiba-tiba mesej saya. Saya kecik hati, tapi lama-lama awak call balik. And then happy balik. Dan hari nih tiba-tiba saya teringatkan awak.. hurm. Tapi jangan risau, saya ingat awak sebagai kawan saya. Hehe.. dan entri nih untuk awak.
Dulu bila saya fikir kenapa awak tak suka saya. Dan saya mula fikir, am i a looser?? Dah berapa tahun saya ushar awak masi tak dapat-dapat. Hurm. Tapi kena fikir positive.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails